Perkhidmatan Dewasa

Psikologi Dewasa dan Orang Tua

JIWADAMAI

perkhidmatan

Psikologi dewasa dan orang tua

Terapi Individu

Terapi individu melibatkan prosedur terapi secara personal bersama-sama dengan psikologis/kaunselor dalam persekitaran yang selamat, kondusif dan terapeutik serta tertutup bagi menjaga privasi individu.

Psikologis akan membantu individu untuk mengenal pasti sebarang permasalahan psikologi atau isu persekitaran luaran yang mengganggu perkembangan psikologi atau kesihatan mental.

Terapi individu merangkumi pelbagai isu seperti:
  • Trauma
  • Kebimbangan (Anxiety disorder)
  • Kemurungan
  • Tekanan hidup
  • Tekanan atau isu kerjaya
  • Masalah rumahtangga
  • 'Obsessive Compulsive Disorder'
Ianya membantu individu mencapai kefungsian hidup secara optima, memperbaiki kualiti hidup secara keseluruhan dan membantu individu untuk mencapai pertumbuhan personal secara maksima.

TERAPI INDIVIDU


Terapi individu melibatkan prosedur terapi secara personal bersama-sama dengan terapis dalam persekitaran yang selamat, kondusif dan terapeutik serta tertutup bagi menjaga privasi individu. Terapis akan membantu individu untuk mengenal pasti sebarang permasalahan psikologi atau isu persekitaran luaran yang menganggu perkembangan psikologi atau kesihatan mental. Terapi individu juga merangkumi pelbagai isu seperti trauma, kebimbangan, kemurungan, tekanan, isu kerjaya dan sebagainya. Ianya membantu individu mencapai kefungsian hidup secara optima, memperbaiki kualiti hidup secara keseluruhan dan membantu individu untuk mencapai pertumbuhan personal secara maksima.

TERAPI BERKUMPULAN


Terapi Keluarga

Terapi ini memerlukan penglibatan kesemua ahli keluarga asas bagi individu, seperti ibu bapa dan adik beradik lain. Tanpa kefahaman dalam keluarga, dan kefahaman mengenai interaksi yang terbentuk dalam keluarga, sukar untuk terapis membantu individu tersebut untuk pulih. Sebagai contoh, bagi individu yang mengalami kemurungan dan ianya berpunca daripada isu rumah tangga atau penceraian ibu bapa, terapis perlu bersemuka dengan ibu bapa dan individu tersebut dalam satu sesi yang sama bagi membolehkan perbincangan secara meluas dan dinamik dapat dilakukan. Terapi keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada ahli keluarga yang terlibat bagi membolehkan proses rawatan berlaku dengan lebih berkesan dan pantas.

Terapi Kumpulan

Diselia oleh seorang terapis dan melibatkan sejumlah 6 sehingga 12 individu dalam satu sesi. Terdapat pelbagai faktor yang menjadi asas kepada pembentukan terapi secara berkumpulan, antaranya ialah berkongsi isu atau masalah yang sama.

Kelebihan

  • Mendapat intervensi dari terapis dan juga individu lain melalui interaksi dan pemerhatian.
  • Pertukaran pendapat dan belajar antara satu sama lain.
  • Memberi sokongan moral terhadap mereka yang bermasalah.

KAUNSELING PERKAHWINAN


Kaunseling perkahwinan merupakan terapi berpasangan yang melibatkan pihak suami dan isteri melalui sesi kaunseling secara serentak bersama kaunselor. Matlamat kaunseling perkahwinan adalah untuk membantu pasangan yang mengalami konflik dalam hubungan suami isteri, keluarga dan perkahwinan. Kaunselor akan menjalankan sesi kaunseling untuk membantu pasangan memperbaiki perkahwinan dengan pendekatan-pendekatan tertentu.

Isu-isu yang memerlukan kaunseling perkahwinan

  • Isu sosio ekonomi
  • Masalah komunikasi
  • Pengurusan tekanan
  • Masalah seksualiti
  • Bagi permasalahan penderaan pasangan, adalah digalakkan untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

perkhidmatan

Galeri JIWADAMAI

Hubungi Kami

  • +6017-269 4852
  • jiwadamaiofficial@gmail.com
  • No. 19, Jalan Kristal AS7/AS, Seksyen 7, 40000 Shah Alam. Selangor

Whatsapp Kami untuk Temujanji dan Sebarang Pertanyaan