gambar dr azilina

Dr. Azlina (Penyelia Pusat)

Dr Azlina Wati Nikmat (CP1-0030)
PhD Clinical Psychology (UniMelb), Master Clinical Psychology (UKM), Postgraduate Dip. Health Psychology (UKM), BSc. Bio Medicine (UKM)

Dr Azlina Wati Nikmat adalah pakar klinikal psikologi dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang klinikal. Beliau kini adalah pensyarah kanan di UiTM dan merupakan penyelia luar bagi program ‘Masters in Clinical Psychology’ bagi Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa.

Beliau juga aktif di dalam persatuan MERCY Malaysia dan terlibat dalam banyak program sokongan psikologi termasuklah kes berprofil tinggi seperti insiden MH17 dan MH370.

Beliau menerima anugerah kecemerlangan perhubungan masyarakat dan alumni (Silver) pada 2014 dan kini salah seorang ahli jawatankuasa kerja untuk Akta ‘Allied Profession’.

Antara bidang kemahiran Dr Azlina Wati termasuklah;
Penilaian dan diagnosis kecelaruan psikologi melalui:
– Ujian IQ (IQ test)
– Ujian neuropsikologi (Neuropsychology test)
– Penilaian perasaan (Mood assessment)

Merawat kecelaruan psikologi melalui:
– Terapi kognitif dan tingkah laku (Cognitive behaviour therapy)
– Terapi kognitif (Cognitive therapy)
– Psikodinamik (Psychodynamic)
– Terapi keluarga (Family therapy)

Dr Azam

Dr Azam Yunus

Dr Wan Mohd Azam Bin Wan Mohd Yunus (CP1-0156) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi (dengan kepujian kelas pertama) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ijazah Sarjana Psikologi Klinikal dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Psikologi Klinikal dari King’s College London, United Kingdom.

Beliau merupakan pensyarah kanan di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan, UTM Skudai dan merupakan pensyarah bagi subjek Pengenalan Psikologi, Psikologi Abnormal serta Psikologi Perkembangan. Di samping itu, beliau juga aktif sebagai penceramah bagi seminar-seminar akademik dan aktif bekerjasama dengan ahli-ahli sains kesihatan yang lain dalam menjayakan pelbagai program berteraskan akademik terutamanya bagi melibatkan bidang kepakaran beliau iaitu Psikologi Klinikal.

Mempunyai pengalaman berkhidmat di Child Development Center (CDC), Hospital UKM dan Klinik Pakar Psikiatri UPM bertempat di Hospital Kajang, beliau berpengalaman mengendalikan penilaian-penilain dan intervensi-intervensi psikologi untuk kecelaruan psikologi kanak-kanak dan dewasa seperti Autisma, Kecelaruan Kurang Daya Tumpuan, Hiperaktif dan Impusiviti (ADHD), Kebimbangan dan Kemurungan. Kini, tumpuan beliau adalah kajian-kajian Psikologi Klinikal yang bertemakan e-kesihatan mental serta integrasi elemen-elemen teknologi dalam penilaian-penilaian dan intervensi-intervensi psikologi, yang merupakan kesinambungan daripada kajian PhD beliau.

Tuneesha regu

Miss Tuneesha Regu

Tuneesha Regu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari HELP University dan kemudian melanjutkan pelajaran beliau di dalam bidang psikologi klinikal (Ijazah Sarjana Psikologi Klinikal) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah program pengajian Diploma Psikologi di Erican College, Kuala Lumpur. Beliau berpengalaman di dalam pelbagai teknik psikoterapi, dan penilaian psikologi bagi kes-kes kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Beliau juga aktif sebagai sukarelawati untuk kerja-kerja sosial dan yang berkaitan bidang psikologi.

Kini, beliau merupakan psikologis klinikal di Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai dan beliau bakal menyambung pengajian ke peringkat PhD juga di dalam bidang psikologi klinikal.

19665249_203960160131605_965835348622131891_n

Mr. Choon Keat, Kung (Clinical Psychologist)

Graduate Master of Clinical Psychology (UKM).

19748353_203960276798260_2980311647266394020_n

Miss Toh Hui Moon (Clinical Psychologist)

Graduate Master of Clinical Psychology (UKM)

CSC_7224-2

Cik Eyka Maisara (Speech Therapist)

BACHELOR OF HEALTH SCIENCE (HONS) SPEECH PATHOLOGY (USM)