Pusat Pakar Psikologi Kanak-kanak
dan Orang Dewasa

JIWADAMAI

Jiwadamai di sidang media

Pusat Pakar Psikologi

yang pertama di Shah Alam

Diselia Pakar psikologi Klinikal dengan lebih 10 tahun pengalaman, merawat kanak-kanak dan orang dewasa.
KELUARGA ANDA YANG UTAMA

Tidak kira dari disleksia ke penilaian autisma.  Dari masalah persekolahan ke ketagihan dadah. Kami bersama membantu anak anda.

Dari tekanan kerja ke masalah rumahtangga. Masalah kemurungan atau fobia sosial…Kami bersama anda menghadapi isu-isu ini.

Kebahagiaan anda dan keluarga adalah tujuan kewujudan kami, kemahiran kami, obsesi harian kami.. Kami menyediakan pelbagai servis psikologi dan terapi bagi membantu kanak-kanak dan orang dewasa. Apa sahaja kesulitan yang anda hadapi, kami doakan dipermudahkan urusan anda.

 “Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.  (Al-insyirah, Ayat 5)

Perkhidmatan

yang Boleh Kami Bantu

Program Intervensi Kanak-Kanak

Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja

Psikologi Dewasa dan Orang Tua

Program

Intervensi kanak-kanak

Kanak-kanak yang mempunyai kelewatan dari segi perkembangan sosial, pembelajaran dan sebagainya memerlukan intervensi awal supaya dapat menyediakan diri ke alam persekolahan. Program Intervensi Awal (EIP) kami adalah khusus untuk kanak-kanak (3-6 tahun) yang mempunyai ciri-ciri autistik /hyperaktif atau pun lewat perkembangan yang lain. Modul intervensi kami, direka khas mengikut keperluan kanak-kanak dan merangkumi aspek:

  • Kemahiran Sosial
  • Pra Akademik
  • Sensori
  • Kemahiran Motor
  • Kognitif
  • Modifikasi Tingkah Laku
  • Pengurusan Emosi

perkhidmatan

Psikologi kanak-kanak dan remaja

Penilaian Psikologi Kanak-Kanak & Remaja

Jenis-jenis penilaian yang kami lakukan:

  • ADHD
  • Autisma
  • Penilaian Intelektual (IQ)
  • Penilaian lewat perkembangan dan intelektual
  • Penilaian masalah pembelajaran, dysleksia dan tantrum

Terapi Pertuturan

Mengenalpasti punca masalah pertuturan dan bahasa dengan menjalankan ujian penilaian dan merangka program pemulihan.

Terapi Carakerja

Memperbaiki kemahiran motor kasar dan halus serta kemahiran kendiri dan sosial kanak-kanak.

perkhidmatan

Psikologi dewasa dan orang tua

Terapi Individu

Terapi individu melibatkan prosedur terapi secara personal bersama-sama dengan terapis dalam persekitaran yang selamat, kondusif dan terapeutik serta tertutup bagi menjaga privasi individu. Terapis akan membantu individu untuk mengenal pasti sebarang permasalahan psikologi atau isu persekitaran luaran yang menganggu perkembangan psikologi atau kesihatan mental. Terapi individu juga merangkumi pelbagai isu seperti trauma, kebimbangan, kemurungan, tekanan, isu kerjaya dan sebagainya. Ianya membantu individu mencapai kefungsian hidup secara optima, memperbaiki kualiti hidup secara keseluruhan dan membantu individu untuk mencapai pertumbuhan personal secara maksima. Terapi individu melibatkan:

  • Terapi Kognitif
  • Terapi Kognitif dan Tingkah Laku
  • Terapi dan Modifikasi Tingkah Laku
  • Psikodinamik
  • Kaunseling

Galeri JIWADAMAI

Hubungi Kami

  • +6017-269 4852
  • jiwadamaiofficial@gmail.com
  • No. 19, Jalan Kristal AS7/AS, Seksyen 7, 40000 Shah Alam. Selangor

Whatsapp Kami untuk Temujanji dan Sebarang Pertanyaan