
CARI KAMI
No. 19, Jalan Kristal AS7/AS, Seksyen 7, 40000 Shah Alam

WAKTU KELAS
9.00 pagi - 12 tengah hari (Isnin - Jumaat)
KENAPA PERLU EIP?
Kanak-kanak yang mempunyai kelewatan daripada segi perkembangan sosial, sensori, kemahiran motor, pembelajaran dan sebagainya memerlukan intervensi awal supaya dapat menyediakan diri ke alam persekolahan. Lebih awal intervensi, lebih efektif kesannya.
BERIKAN ANAK ANDA PELUANG
INTERVENSI HOLIstik oleh pasukan profesional
Pasukan Yang Komprehensif
Psikologis Klinikal
- Penilaian dan pantauan secara klinikal
- Silibus intervensi berasaskan kajian yang sahih
Terapis Carakerja (OT)
- Perkembangan sensori
- Pengurusan tingkahlaku
Terapis Pertuturan (ST)
- Komunikasi dan sosial
- Stimulasi bahasa dan pertuturan
Guru Keperluan Khas
- Kemahiran akademik 3M
- Persediaan ke sekolah

Sesi pendaftaran untuk ambilan September 2019 dibuka sekarang!
KENALI PASUKAN KAMI
TULANG BELAKANG DI SEBALIK TABIR

Psikologis
Klinikal
Puan Faeza

Terapis
Carakerja
OT Nadiah

Penyelaras Klinikal /
Terapis Pertuturan
ST Farah

Pembantu
Penyelaras Klinikal
Wara

Pengurus
Kes
Aiman

Pembantu
Pengurus Kes
Faranadia
KELAS SETIAP Isnin - Jumaat
9.00 pagi - 12.00 tengah hari
5 ELEMEN UTAMA DALAM EIP KAMI
teras silibus kanak-kanak berkeperluan khas

INTERAKSI SOSIAL
Interaksi dengan orang sekeliling, memandang apabila nama disebut, dapat bermain dengan rakan sebaya dengan baik dan dapat memahami konsep bekerjasama. Ini antara kemahiran yang dilatih kepada pelajar EIP Jiwadamai ini.

FUNGSI KOGNITIF
Aspek kognitif ialah kefahaman kanak-kanak dalam menerima arahan, keupayaan menyebut sesuatu, kemahiran menyelesaikan masalah seharian dan kemampuan meluahkan perasaan. Penting untuk perkembangan menjadi manusia dewasa kelak.

TINGKAH LAKU
Mengubah tingkah laku kanak-kanak ke arah yang lebih positif dan diterima oleh komuniti. Selain itu, dalam kelas EIP setiap tingkah laku anak-anak akan dinilai dan diperhatikan demi memastikan semuanya mengikut perancangan silibus.

PERSEDIAAN KE SEKOLAH
Anak-anak keperluan khas perlu mempunyai persediaan sebelum mereka melangkah ke persekolahan biasa mahupun persekolahan khas. Persediaan merangkumi akademi, sosial, skil motor halus, kasar, visual, dan sebagainya.

PENGURUSAN DIRI
EIP membantu anak-anak berkeperluan khas belajar mengurus diri sendiri seperti memberus gigi sendiri, ke tandas sendiri, memakai baju sendiri dan sebagainya.
Daftar anak anda ke pusat EIP kami sekarang (tempat terhad)
Galeri JIWADAMAI
Hubungi Kami
Whatsapp Kami untuk Temujanji dan Sebarang Pertanyaan