10 Persoalan Mengenai Support Group Jiwadamai

1. Support Group Jiwadamai ini apa?

Sebuah platform oleh Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai untuk bantu ibu bapa belajar mengendali anak-anak di rumah secara jarak jauh, tanpa perlu hadir ke pusat ini.

2. Isu apa yang sesuai berkaitan Support Group ini?

Kami menerima isu-isu yang berkait dengan cabaran perkembangan kanak-kanak di bawah 8 tahun. Antara isu yang akan dikongsikan ialah masalah tingkah laku tantrum, latihan ke tandas, kemahiran membaca mengira menulis, perkembangan motor, sensori dan sebagainya.

3. Macam mana nak tahu anak saya sesuai atau tak?

Support Group ini adalah untuk ibu bapa atau penjaga. Terapis akan membuat panggilan saringan percuma (selama 10 minit) untuk kenal pasti masalah anak dan melihat kesesuaian untuk ibu bapa/penjaga sertai support group ini.

4. Siapa yang akan kendalikan support group ini?

Terapis Carakerja Jiwadamai yang bertauliah, iaitu OT Ain dan OT Aina akan membimbing ibu bapa/penjaga sepanjang penyertaan support group ini.

5. Apa kelebihan saya sertai?

Dengan hanya memerlukan telefon pintar dan internet, anda berpeluang untuk belajar di mana-mana saja, bagaimana nak buat sesi terapi dengan anak di rumah. OT Ain dan OT Aina akan bimbing anda aktiviti apa yang sesuai, bagaimana nak buat dan apa fungsinya dengan isu yang dihadapi oleh anak.

6. Adakah perlu hadir ke kelas?

Tidak. Support group ini berbentuk online saja. Klien yang mendaftar akan dimasukkan ke dalam group Telegram untuk berbincang secara terus dengan Terapis Carakerja Jiwadamai, iaitu OT Ain dan OT Aina. Perbincangan, persoalan, kertas kerja worksheets, video tutorial dan sebagainya akan digunakan sebagai bahan pembelajaran.

7. Group Telegram? Berapa ramai orang dalam itu?

Untuk pastikan perbincangan lebih efektif, setiap group hanya mempunyai maksimum 15 ibu/bapa/penjaga sahaja.

8. Bagaimana kalau saya tak ada Telegram?

Anda disarankan untuk muat turun aplikasi tersebut untuk kegunaan E-Terapi ini.

9. Berapa yuran untuk sertai Support Group ini?

RM50 seminggu atau terus daftar untuk sebulan, RM100. Jika anda merupakan klien sedia ada kepada Jiwadamai, anda layak untuk dapatkan diskaun RM20.

10. Bila Support Group ini akan bermula?

1 April ialah hari pertama kelas online ini dijalankan. Daftar segera kerana terhad kepada 15 ibu/bapa/penjaga sahaja bagi setiap group Telegram.

Terhad kepada 15 ibu bapa /penjaga sahaja