Bengkel Untuk Ibu Bapa dan Guru

Anjuran Akademi Jiwadamai

Program

Intervensi kanak-kanak

Program Intervensi kanak – kanak di bahagikan kepada 2 iaitu;
  • Program Intervensi Awal (Early Intervention Program, EIP) 
  • Kelas Ketidakupayaan pembelajaran Spesifik (Disleksia dan sebagainya)

Program Intervensi Awal (EIP)

Mengapa penting?
Kanak-kanak yang mempunyai kelewatan dari segi perkembangan sosial, sensori, kemahiran motor, pembelajaran dan sebagainya memerlukan intervensi awal supaya dapat menyediakan diri ke alam persekolahan. Namun, tahap perkembangan kanak-kanak adalah bergantung kepada ‘severity’ masing2. Penting untuk ibu bapa mempunyai nilai ekspektasi yang betul.

Mengapa Program kami Istimewa ?
Kami menyediakan Program EIP komprehensif, dari penilaian kanak-kanak bersama Pakar psikologi klinikal, Sesi pembelajaran khas bersama Cikgu & Psikologis, Terapi formal bersama terapis pertuturan dan carakerja.

Kelas ketidakupayaan pembelajaran spesifik (Disleksia dan sebagainya)

Kelas ini bertujuan untuk membimbing kanak-kanak yang mengalami masalah dalam pembelajaran.

Dikendalikan oleh Cikgu Yume pada hari Isnin-Jumaat (2-4 petang).

perkhidmatan

Psikologi kanak-kanak dan remaja

Penilaian Psikologi Kanak-Kanak & Remaja

Jenis-jenis penilaian yang kami lakukan:

  • ADHD
  • Autisme
  • Penilaian Intelektual (IQ)
  • Penilaian masalah pembelajaran, dysleksia dan tantrum
  • Masalah kelakuan, ‘school refusal’ dan sebagainya

Terapi Pertuturan

Mengenalpasti punca masalah pertuturan dan bahasa dengan menjalankan ujian penilaian dan merangka program pemulihan.

Terapi Carakerja

Memperbaiki kemahiran motor kasar dan halus serta kemahiran kendiri dan sosial kanak-kanak.

Galeri JIWADAMAI

Hubungi Kami

  • +6017-269 4852
  • jiwadamaiofficial@gmail.com
  • No. 19, Jalan Kristal AS7/AS, Seksyen 7, 40000 Shah Alam. Selangor

Whatsapp Kami untuk Temujanji dan Sebarang Pertanyaan