Sejarah Penubuhan

Jiwadamai PLT

PUSAT PAKAR PSIKOLOGI

  • Syarikat Jiwadamai PLT telah ditubuhkan pada Januari 2017 dan mula beroperasi pada Mac 2017. 
  • Pusat ini adalah pusat psikologi pertama yang bertapak di Shah Alam dan dikenali sebagai Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai. 
  • Telah diasaskan oleh Dr Hasnor Safwan dan Dr Khairuddin, kedua- duanya graduan perubatan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

MISI

  • Berkhidmat kepada masyarakat melalui usaha pencegahan dan intervensi berkaitan kesihatan mental kanak-kanak dan orang dewasa.
  • Meningkatkan kesedaran awam tentang kesihatan mental dan cara menanganinya.
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan psikologi yang komprehensif.
  • Memberikan rawatan mengikut panduan perubatan dan klinikal yang berasaskan bukti kajian sahih.
  • Mengangkat martabat Bahasa Malaysia sebagai bahasa profesional melalui penterjemahan maklumat klinikal yang terkini, pengendalian klinikal dan segala aktiviti pengurusan.

Operasi

  • Jiwadamai, diselia oleh A.P. Dr Azlina Wati Nikmat sebagai Pakar Psikologi Klinikal yang telah lama berkecimpung dan mempunyai pengalaman luas di dalam bidang ini.

  • Bermula daripada 2 orang sahaja ahli pasukan, kini Jiwadamai telah berkembang memberikan servis melalui 5 orang Psikologis Klinikal, 4 orang Terapis Carakerja, 3 orang Terapis Pertuturan, seorang Pakar Psikiatri melawat dan 5 orang ahli di bahagian pengurusan.

Kolaborasi

  • Sejak ditubuhkan, Jiwadamai telah berkerjasama dengan pelbagai badan korporat seperti Islamic Relief Malaysia, Mercy Malaysia, Persatuan Tadika Islam Malaysia, KWSP dan juga syarikat Minyak & Galian.

  • Jiwadamai juga telah banyak menganjurkan seminar dan bengkel untuk masyarakat awam berkaitan isu-isu psikologi terutamanya untuk guru-guru tadika dan pelajar di universiti. Kerana kami percaya mencegah itu lebih baik dari merawat.

Anda berminat untuk berkolaborasi?