3 Tahap Proses Berduka Yang Wajar Dialami Setiap Individu

Gambar Blogpost 3 Tahap Proses Berduka Yang Wajar Dialami Setiap Individu

Ramai orang menganggap duka sebagai satu kesakitan dan kesedihan masa singkat sebagai tindak balas kepada kehilangan – seperti air mata yang tumpah semasa pengebumian orang yang disayangi.

Tetapi kesedihan merangkumi keseluruhan proses emosi untuk menghadapi kehilangan, dan ia boleh bertahan sehingga satu tempoh yang lama. Proses ini melibatkan banyak emosi, tindakan dan ekspresi yang berbeza, semuanya membantu seseorang menerima kehilangan orang yang disayangi.

Setiap orang menangani duka selepas kehilangan secara berbeza. Ada yang mungkin menangis, ketawa, sibukkan dengan kerja atau berasa \”kosong\”. Ada yang pulih dengan cepat, sementara yang lain mengambil masa seberapa lama yang mereka perlu.

Duka atau kesedihan adalah proses penyembuhan semula jadi, dan tidak ada cara yang \”betul\” untuk menjalaninya.

Bagi sesetengah orang, duka selepas kehilangan boleh menjadi terlalu menyakitkan. Ia boleh berkembang menjadi sesuatu yang sama sekali berbeza, seperti kemurungan atau kebimbangan.

Pada masa lain, kesedihan mungkin bertahan terlalu lama, dan mengambil alih kehidupan seseorang selama bertahun-tahun. Ini dipanggil kesedihan yang rumit (complicated grief).

Proses Kesedihan Normal

Kesedihan Akut (Acute Grief)

Sejurus selepas kehilangan, dan selama berbulan-bulan selepas itu, adalah perkara biasa untuk mengalami simptom seperti terkejut, tertekan, sedih, kurang selera makan, masalah tidur dan lemah tumpuan. Gejala ini perlahan-lahan akan berkurang seiring waktu.

Kesedihan yang Rumit (Complicated Grief)

Kadang-kadang, gejala kesedihan akut tidak hilang sehingga bertahun-tahun. Kehilangan orang tersayang terus menerus dirasakan tidak benar dan tidak mampu diurus. Anda mungkin sentiasa merindui si mati, atau merasa bersalah tentang idea untuk \”move on\” dan menerima kehilangannya.

Kesedihan Berintegrasi (Integrated Grief)

Selepas gejala kesedihan akut atau rumit yang paling sengit berjaya diatasi, anda akan memasuki tahap kesedihan berintegrasi sepanjang hayat. Pada ketika ini, anda telah menerima realiti kematian orang tersayang, dan anda telah meneruskan aktiviti kehidupan harian seperti biasa. Ini tidak bermakna bahawa anda kurang merindui orang yang anda sayangi, atau anda tidak berasa sakit dengan kehilangannya, tetapi anda sudah belajar bagaimana untuk mengatasinya. Kesedihan yang teruk mungkin muncul semula, terutamanya sekitar waktu cuti, ulang tahun dan peringatan lain.

Jika anda menghadapi kesukaran dengan pengalaman duka selepas kehilangan orang tersayang, adalah penting untuk mendapatkan bantuan daripada ofesional kesihatan mental. Mereka boleh membantu anda mengetahui sama ada anda mengalami kesedihan yang rumit dan membantu anda mengatasi apa yang anda alami.

Hubungi kami segera untuk dapatkan janji temu anda bersama psikologis klinikal kami.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp