fbpx

Bagaimanakah Masalah Mental Boleh Menjejaskan Tidur?

pexels-acharaporn-kamornboonyarush-1028741

Tidur adalah proses biologi yang kompleks. Semasa kita tidur, tubuh badan kita sedang berehat tanpa melakukan apa-apa, tetapi fungsi otak dan badan kita masih aktif. Mereka melakukan beberapa kerja penting yang membantu kita kekal sihat dan berfungsi dengan sebaik mungkin.

Kita semua perlu tidur dengan nyenyak dan berkualiti untuk membantu memulihkan tubuh badan dan mengembalikan tenaga. Tetapi ramai di antara kita bergelut untuk mendapatkan tidur malam yang nyenyak.

Hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Nielsen Malaysia mendedahkan, 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami masalah tidur dan purata rakyat Malaysia hanya dapat tidur kira-kira enam jam setiap malam.

Apa yang boleh menyebabkan masalah tidur?

Banyak punca berbeza yang boleh menjejaskan tidur kita. Antara puncanya termasuk:

• tekanan atau kebimbangan
• perubahan pada tahap bunyi atau suhu bilik tidur anda
• perubahan rutin, contohnya kerana jet lag
• pengambilan kafein atau alkohol yang tinggi
• kerja syif
• mempunyai masalah kesihatan fizikal atau mental
• kesan sampingan daripada ubat-ubatan

Terdapat hubungan rapat antara tidur dan kesihatan mental. Hidup dengan masalah kesihatan mental boleh menjejaskan tahap tidur anda, atau tidur yang tidak berkualiti boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mental anda.

Bagaimanakah masalah kesihatan mental boleh menjejaskan tidur?

Masalah kesihatan mental boleh menjejaskan tidur anda dengan cara yang berbeza.

Anzieti boleh menyebabkan racing thoughts, yang boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur.
Depresi boleh menyebabkan tidur berlebihan: sama ada tidur lewat atau tidur lama pada waktu siang. Ia juga boleh menyebabkan insomnia jika anda mempunyai pemikiran yang mengganggu.
PTSD boleh menyebabkan mimpi ngeri atau ketakutan pada waktu malam. Ini mungkin membuatkan anda berasa cemas untuk tertidur.
Mania boleh membuatkan anda berasa gembira dan bertenaga sehingga anda tidak berasa letih atau mahu tidur.
Ubat boleh mempunyai kesan sampingan termasuk insomnia, mimpi buruk atau tidur berlebihan.

Tidur yang berlebihan atau sukar untuk bangun dari tempat tidur dengan berterusan boleh menjadi simptom kemurungan atau masalah kesihatan mental yang lain. Jika anda atau orang terdekat mengalami masalah tidur, buat temu janji dengan ahli profesional seperti doktor atau psikologis klinikal kami untuk mendapatkan bantuan dan rawatan yang bersesuaian.

Kongsikan artikel ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp