fbpx

Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) : Apa Penyebabnya?

Depressed businessman sitting on the floor

PTSD diibaratkan seperti satu igauan ngeri bagi mereka yang mengalaminya.

“Ia seperti hidup dalam tayangan slaid dan bukannya video. Semuanya bergelora dan mengelirukan. Ada keraguan, kekacauan dan ketakutan siang dan malam.” – Penghidap PTSD

Trauma adalah peristiwa yang dirasakan seperti ancaman yang sangat memberi tekanan. Anda mungkin terlibat dalam peristiwa traumatik atau menyaksikannya. Trauma boleh disebabkan oleh satu kejadian seperti kemalangan jalan raya, dirogol, didera, atau pengalaman sukar semasa bersalin.

Trauma juga boleh terjadi apabila anda terdedah kepada peristiwa traumatik berulang kali. Kesan trauma juga boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya, sehingga kanak-kanak atau remaja dipengaruhi oleh trauma yang berlaku kepada pengasuh atau ahli keluarga pada masa lalu.

Apa Itu PTSD?
Ia merupakan satu gangguan mental di mana sesetengah orang mengalaminya selepas berhadapan dengan peristiwa yang traumatik, menakutkan atau berbahaya.


Penting untuk diingatkan, trauma memberi kesan kepada setiap orang dengan cara yang berbeza. Trauma bukanlah peristiwa yang berlaku, tetapi cara orang itu mengalaminya. Peristiwa kecil kepada seseorang mungkin traumatik kepada orang lain.

Apakah Penyebab PTSD?

  • Ancaman kecederaan atau kematian
  • Kemalangan serius
  • Pertempuran
  • Serangan pengganas
  • Serangan seksual
  • Serangan fizikal
  • Bencana alam
  • Penderaan seksual atau fizikal zaman kanak-kanak


Kebanyakan orang mula pulih daripada peristiwa traumatik dalam beberapa minggu berikutnya tanpa simptom yang berpanjangan. Tetapi, sesetengah orang mengalami simptom yang lebih teruk berpanjangan, otak dan badan mereka tidak dapat mengatasi tekanan peristiwa traumatik yang telah berlaku.

Ini boleh meningkatkan risiko mengalami masalah kesihatan mental seperti gangguan tekanan selepas trauma (PTSD). Orang yang mengalami PTSD boleh berasa cemas selama bertahun-tahun selepas trauma, sama ada mereka cedera secara fizikal atau tidak.

Tekanan yang datang dengan peristiwa traumatik boleh melumpuhkan dan menghuru-harakan kehidupan seseorang. Kesedihan, ketakutan, dan kemurungan boleh berpanjangan.

Jika perasaan anda pada bulan pertama selepas peristiwa itu sangat teruk sehingga mengganggu kehidupan harian, dapatkan bantuan daripada pakar kesihatan mental berdekatan dengan segera.

Kongsikan artikel ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp