Kanak-Kanak Nakal : Berikan Ganjaran Atau Hukuman?

Gambar Blogpost Kanak-Kanak Nakal : Berikan Ganjaran Atau Hukuman?

#kanak-kanak&remaja  #keluarga

Kanak-Kanak Nakal : Berikan Ganjaran Atau Hukuman?

Mother and father scolding teenager Free Photo

Dalam proses kanak-kanak membesar, semestinya mereka semakin lincah dan aktif. Pasti ibu bapa pernah mengalami situasi sukar untuk mengawal anak anda supaya berkelakuan positif. Kanak-kanak akan belajar tentang diri mereka apabila berinteraksi bersama ibu bapa atau seseorang yang paling dekat dengan mereka. Melalui ibu bapa dan guru misalnya, mereka akan mempelajari perkara baik dan perkara buruk tentang diri mereka sendiri.

Merujuk kepada kes yang berlaku di Beijing pada tahun 2017, ibu bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki telah diberi amaran oleh polis kerana merantai tangan anak lelaki mereka sebagai hukuman kerana terlalu nakal. Perbuatan merantai tangan itu menurut mereka, bertujuan untuk menghalangnya merosakkan harta benda jiran.

Dapat kita lihat melalui kes ini, ibu bapa kanak-kanak terbabit memilih hukuman sebagai jalan untuk menyelesaikan masalah tingkah laku negatif anak mereka berbanding menggunakan kaedah yang lebih baik seperti pengukuhan positif.

Apa itu Pengukuhan Positif?

Pengukuhan positif (Reinforcement) berlaku apabila kesan daripada tingkah laku tertentu meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkah laku sama sepanjang masa. Perlu ditekankan disini bahawa pengukuh (reinforcer) hanya akan diberikan selepas anak mempamerkan tingkah laku positif yang diingini. Pengukuhan positif boleh biberikan kepada kanak-kanak dalam bentuk :

  • Sistem ganjaran seperti carta pelekat, token ekonomi, hadiah atau makanan kesukaan
  • Pujian 
  • Perbuatan seperi memberi perhatian atau pelukan

Dari segi pujian contohnya, anda boleh memuji anak anda selepas membantu mengemas semula barang permainan seperti “Bagusnya anak ibu. Terima kasih sebab kemas semula barang permainan ini”. Secara terus, anak anda akan belajar bahawa ruang yang bersih dikehendaki oleh anda dan barang mainan perlu dikemas semula pada masa akan datang. Atau cara lainnya, berjanji untuk memberikan \’jeli\’ dalam kadar yang sesuai selepas mengemas barang permainan.

Contoh yang kedua, menyediakan ‘carta pelekat’ buat anak anda untuk kerja-kerja atau tingkah laku yang anda kehendaki. Terlebih dahulu, beritahu anak anda apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan pelekat. Ahli keluarga lain juga boleh memberikan \”mata\” jika anak anda memenuhi tugas atau peraturan berikut. Mata terkumpul dalam carta pelekat tersebut boleh ditukar kepada sesuatu yang anak anda mahukan.

Saya takkan rosakkan dia ke?

Sesetengah ibu bapa bimbang bahawa positif perhatian akan \”merosakkan\” anak mereka dan seterusnya menjadikan anak-anak manja. Itu mungkin tidak akan berlaku. Perhatian positif yang diberikan akan membuatkan anak anda mahu menjadi baik supaya mendapat sokongan anda.

Sebagai tambahan, pengukuhan positif adalah antara cara yang paling popular yang berkesan digunakan untuk mengawal tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak menjadi sangat bermotivasi dengan perhatian yang diberikan oleh orang dewasa terhadap mereka. Oleh sebab itu, apabila ibu bapa dan guru konsisten dalam memberikan perhatian, pujian, atau ganjaran bagi setiap tingkah laku positif yang mereka pamerkan, mereka akan berterusan mempamerkan tingkah laku tersebut.

Isu seterusnya yang menjadi persoalan golongan ibu bapa adalah tidakkah ganjaran yang diberikan seolah-olah seperti rasuah? Pendapat tersebut adalah tidak benar kerana ganjaran adalah sesuatu yang anda berikan kepada anak selepas tingkah laku dipamerkan dan ada masanya, diberikan sebagai kejutan. Selain itu, ganjaran merupakan sebahagian perancangan bagi membantu kanak-kanak mempelajari tingkahlaku baru. Ganjaran itu sepatutnya adil. Ia tidak boleh terlalu besar atau terlalu kecil dimana ianya bersesuaian dengan tingkah laku.

Manakala rasuah adalah sesuatu yang anda janjikan sebelum tingkah laku dipamerkan. Malahan, terlalu besar dan berharga sehingga tidak bersesuaian dengan tingkah laku. Memberi rasuah boleh membingungkan anak anda kerana mereka mungkin berfikiran bahawa perlu berkelakuan sedemikian hanya apabila “dibayar”.

Kesimpulan

Secara umumnya, adalah lebih baik memberikan ganjaran berbanding rasuah kepada kanak-kanak. Ganjaran dan pengukuhan positif adalah cara untuk mendisiplinkan anak. Bukan itu sahaja, sesetengah pakar mengesyorkan supaya menggunakan ganjaran lima kali lebih kerap daripada menghukum. Pengukuhan positif menjadikan kanak-kanak berperlakuan lebih baik, dan membuatkan kehidupan keluarga lebih seronok. Gunakanlah ganjaran dan pujian setiap hari untuk anak anda.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp