10 Perkara Yang Anda Perlu Elakkan dalam Isu Kesihatan Mental

Gambar Blogpost 10 Perkara Yang Anda Perlu Elakkan Dalam Isu Kesihatan Mental

Overview :

Some of our friends are the type who would need company during their hard times. However, not all of us have the talent to be a good listener and sometimes we afraid that we might tell them the wrong thing that can worsen the situation. These are the list of what you should avoid saying to them.

Dalam satu nasihat oleh Imam Ghazali;

“Lidah itu lebih tajam daripada pedang, kerana melalui lidah, manusia ternyata mudah sekali menyakiti hati dan melukai perasaan saudara mereka sendiri.”

Apatah lagi bila berhadapan dengan isu yang sangat sensitif seperti kondisi kesihatan mental, maka sewajarnya kita tahu, apakah bentuk- bentuk percakapan yang tidak wajar dilontarkan. Ada yang mengatakan:

Jangan terlalu risau sekiranya anda tersalah cakap. Apa yang lebih penting ialah keberadaan anda dengan mereka.

Benar. Namun, adalah lebih baik juga sekiranya kita mengambil kira segenap sudut perbuatan dan percakapan demi menjaga perasaan mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.

Jangan sekali-kali kita bertindak menyalahkan mereka, menghamburkan kata-kata kesat, perasaan marah atau kecewa kita kepada mereka. Ini akan membuatkan mereka merasakan bahawa mereka ini tidak berguna, sekadar menyusahkan dan lantas mengambil keputusan untuk menjauhkan diri.

Apa yang tidak patut anda katakan kepada pejuang isu mental kesihatan

Pasakkan di dalam minda kita, mereka ini perlu dibantu. Kesakitan itu bukanlah satu kunci kelemahan atau kegagalan mereka. Bahkan, situasi yang berlaku ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tiada siapa yang tahu apa yang bakal berlaku di masa depan. Mungkin roda akan berputar, akan tiba masanya kepada kita, cuma mereka telah ditakdirkan pada waktu ini untuk diuji sedemikian rupa.

Fahamilah, ianya cuma satu episod yang akan berlalu dan tidak sepatutnya mendefinisikan keperibadian mereka yang sebenarnya.

Apa yang patut saya elakkan?

Berikut adalah hasil perkongsian daripada Seminar Bantuan Asas Psikologi; Apa yang anda perlu tahu? anjuran Kelab ISMA baru-baru ini:

  • Jangan menekan mereka untuk mereka menceritakan sesuatu
  • Jangan menyampuk atau mengubah topik sewaktu mereka bercerita
  • Mereka tidak perlukan pendapat anda. Cukup untuk sekadar mendengar dahulu, fahami situasi dan berikan solusi sekiranya mereka meminta
  • Jangan sesekali menghakimi mereka seperti “kau tak patut buat macam tu”, “kau salah sebenarnya dulu” atau sebagainya
  • Jangan mereka-reka cerita untuk menyedapkan hati mereka
  • Elakkan penggunaan perkataan yang terlalu tinggi arasnya
  • Jangan bertindak menjual cerita orang lain atau cerita anda sendiri
  • Anda tidak perlu rasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah mereka
  • Elakkan untuk membuat lawak, senyum atau ketawa di dalam situasi yang tegang

Jangan salahkan diri anda dengan keterlaluan sekiranya anda tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai masalah mental. Simptom – simptom mereka mungkin tidak begitu ketara dan mereka cuba untuk menyembunyikannya daripada orang yang tersayang. Dekati mereka perlahan-lahan. Mereka mungkin tidak bersedia untuk terus berjumpa dengan pakar dan mendapatkan rawatan terus. Apa yang penting, jangan tinggalkan mereka dan selalu bertindak proaktif untuk membantu mereka.

Kesimpulan

Setiap percakapan dan perbuatan kita akan meninggalkan kesan sama ada kepada pendengar atau si pelakunya. Andai sahaja kita menitikberatkan dan menilai dengan teliti apa yang bakal dilakukan dan bertutur dengan lemah lembut serta bersikap ingin mendekati dan membantu, percayalah! Stigma isu kesihatan mental ini akan mula berkurang, semakin boleh diterima umum dan yang lebih penting dapat membantu mereka untuk sembuh seperti sebelumnya.

Kuncinya adalah berkomunikasi dengan hikmah. Hikmah di sini bermaksud perbuatan dan percakapan yang baik yang boleh diterima oleh si pendengar. Bijaknya seseorang itu dalam berkomunikasi adalah apabila dia mengambil kira semua keperluan yang perlu ditekankan dan perkara yang perlu dielakkan termasuklah siapakah pendengar tersebut? Apakah status dan tahap kecerdasan mereka? Apakah situasi yang sedang berlaku?

Dalam hal ini, Allah Taala berfirman yang maksudnya:

Melalui pendekatan ini, seseorang itu akan merasa lebih selesa untuk berkongsi pandangan, perasaan dan persepsi yang berbeza dengan orang lain yang akhirnya diharapkan boleh mencapai persefahaman dan penerimaan. Untuk mencapai kepada tahap seperti itu, sifat menghormati pandangan dan perasaan orang lain amatlah diperlukan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk menyebarkan kebaikan!

Rujukan :

1. https://www.healthdirect.gov.au/what-not-to-say-mental-health

2. http://www.myhealth.gov.my/penghidap-kemurungan/

3. Kelab Relawan Muda, Bantuan Psikologi Asas; Apa yang anda perlu tahu

4. https://tafsirq.com/16-an-nahl/ayat-125


Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp