fbpx

10 Kecelaruan Personaliti yang Mungkin Anda Tidak Tahu Ia Wujud

lonely-sad-person-from-with-hoodie-sitting-near-sea-thinking-about-life_181624-21979

OVERVIEW :

Personality Disorder is diagnosed when the traits causing impairments to the individual’s life either he realized it or not. The characteristics or traits inborn are restricting the persona from being sensible and rational to the situation occurred. There are 10 types of personality disorder classified by DSM-5 altogether with some of them having overlapping characteristics and prognosis.

Sepertimana isu kesihatan mental yang lain, terdapat kriteria khusus untuk mendiagnosa kecelaruan personaliti berdasarkan DSM 5.

Apa yang menarik dengan masalah personaliti ialah keperluan untuk seseorang mencapai umur minima 18 tahun sebelum boleh disahkan dengan kondisi ini.

Hal ini adalah disebabkan lumrah personaliti manusia yang berkembang dan berubah dari kecil hingga mencecah umur dewasa. Apabila dewasa, personaliti seseorang dikatakan sudah stabil dan terbentuk sepenuhnya.

Kecelaruan personaliti tidak terjadi dalam masa sehari dua tetapi tanda-tanda penyakit ini selalunya dapat dikesan bermula ketika remaja atau awal dewasa.

Kes perubahan personaliti secara tiba-tiba dalam masa yang singkat perlu diteliti dengan cermat bagi mencari kemungkinan punca yang bukan organik.

Contoh punca-punca lain seperti kecederaan kepada kepala, penyakit yang melibatkan otak dan sistem saraf seperti jangkitan, penyalahgunaan dadah, isu kesihatan mental yang lain ataupun trauma dalam kehidupan. Oleh itu, diagnosis perlulah dilakukan melalui pemeriksaan dan nasihat doktor pakar.

JENIS-JENIS PERSONALITI

Bagi memudahkan proses rawatan, kecelaruan personaliti secara umumnya dibahagikan kepada 3 kluster berdasarkan DSM 5:

Kluster-kluster ini terdiri daripada beberapa jenis personaliti yang berkongsi persamaan ciri-ciri dan prognosis. Setiap daripada kecelaruan personaliti ada kriteria-kriteria khusus untuk diagnosis. Sebagai contoh:

Seseorang yang mempunyai Kecelaruan Personaliti Schizoid digambarkan sebagai orang yang suka menyendiri, tidak suka bergaul dengan orang lain, tidak hiraukan pujian atau kritikan orang lain dan mempunyai riak wajah yang kurang ekspresif.

Kecelaruan Personaliti Narsistik pula menceritakan sosok peribadi yang sentiasa merasakan dirinya lebih penting, istimewa dan unik berbanding orang lain. Mereka sukakan pujian, berkelakuan sombong dan sentiasa cemburu dengan orang lain atau merasakan orang lain cemburu kepadanya.

ALAMAK, SAYA ADA SIFAT YANG DISENARAIKAN!

Elakkan daripada mendiagnosa diri sendiri dengan apa-apa kondisi kesihatan mental sebelum berjumpa dengan tenaga professional. Bukan sahaja ianya hanya menambah tekanan kepada diri, malah mungkin menyulitkan lagi proses rawatan.

Ada kemungkinan bahawa seseorang mempunyai satu atau dua daripada sifat yang disenaraikan dalam kecelaruan personaliti tetapi tidak menghidapi kondisi kecelaruan personaliti. Terma yang digunakan ialah ‘personality trait’.

Untuk mendiagnosa seseorang dengan kecelaruan personality (‘Personality Disorder’), terdapat syarat minimum bilangan ciri yang perlu ada bergantung kepada jenis masalah personaliti. Tambahan lagi, seperti yang diterangkan di atas, syarat lain untuk mendiagnosa kecelaruan personaliti ialah berlakunya gangguan kepada kehidupan seharian.

PERLU KE RAWAT KECELARUAN PERSONALITI?

Personaliti memainkan peranan penting dalam semua aspek kehidupan. Dari sudut perubatan, personaliti menentukan cara pandang seseorang kepada kondisi yang dialami, penerimaan kepada rawatan yang diberikan dan juga dalam beberapa kes, personaliti boleh menjadi faktor penyumbang kepada masalah psikiatri lain seperti kemurungan atau keresahan.

Contohnya, kecelaruan personaliti Borderline cenderung untuk menghidapi kemurungan di masa hadapan. Justeru, mengatasi masalah personaliti ialah salah satu komponen utama dalam merawat mereka.

Perlu difahami di sini bahawa rawatan kecelaruan personaliti tidak bertujuan untuk mengubah perangai seseorang secara total. Personaliti yang ada ialah sebahagian daripada diri yang perlu kita terima. Walau bagaimanapun, ruang untuk perbaiki diri dan menjadi lebih baik sentiasa ada.

Apa yang perlu dilakukan ialah mencari cara untuk hidup bersama dengan kualiti diri dan menguruskannya agar kehidupan diri dan orang sekeliling tidak terjejas.

Penulis ialah Dr Muhanna Mansor, siswazah perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Rujukan :

  1. Uptodate. (n.d.). Retrieved April 19, 2021, from https://www.uptodate.com/contents/overview-of-personality-disorders
  2. Sadock, B. (2010). Synopsis of Psychiatry (11th ed., pp. 742-760). Lippincott Williams & Wilkins.
Summary
10 Kecelaruan Personaliti yang Mungkin Anda Tidak Tahu Ia Wujud
Article Name
10 Kecelaruan Personaliti yang Mungkin Anda Tidak Tahu Ia Wujud
Description
Personality Disorder is diagnosed when the traits causing impairments to the individual's life either he realized it or not. The characteristics or traits inborn are restricting the persona from being sensible and rational to the situation occurred. There are 10 types of personality disorder classified by DSM-5 altogether with some of them having overlapping characteristics and prognosis.
Author
Publisher Name
Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai
Publisher Logo

Kongsikan artikel ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply