fbpx

Bagaimana Personaliti Terbentuk?

rsz_personality-disorders

OVERVIEW :

Personality is a distinct characteristic of an individual, which are deeply ingrained that make a person unique. These include behaviour, attitude, temperament, mood, thought and many more which determine the reaction of a persona towards something. It becomes pathological when those aspects resulting in interpersonal or social dysfunction.

Personaliti dapat difahami sebagai satu kumpulan set sifat atau perangai seseorang yang mencorakkan cara berfikir, bertindak, perasaan dan juga cara pandang seseorang terhadap dirinya dan kehidupan. Sebagai contoh:

Cik A, mempunyai personaliti yang pemalu dan pendiam. Beliau tidak mempunyai ramai kawan dan lebih gemar untuk bergaul dengan beberapa orang teman rapat sahaja. Beliau selalunya berasa tidak yakin untuk bercakap di khalayak umum dan lebih selesa untuk membuat kerja di balik tabir atau berada berseorangan.

Ada individu yang lebih selesa duduk berseorangan dan tidak bergaul dengan mereka yang lain.

Disebabkan manusia diciptakan dalam variasi bentuk seperti bangsa, warna kulit dan bahasa, personaliti turut wujud dalam pelbagai jenis. Tidak ada satu pun orang yang mempunyai perangai yang 100 peratus sama dengan orang lain.

Terdapat beberapa kaedah personaliti dibahagikan dalam dunia psikologi. Ada yang mengklasifikasikan personaliti kepada 3, 5 bahkan 16 jenis. Terdapat pelbagai ujian personaliti sedia ada yang dapat diakses daripada laman-laman web di Internet atau klinik psikologi. Namun, ujian ini tidaklah benar 100 peratus.

Sekiranya anda berminat untuk memahami personaliti diri dengan lebih mendalam, berjumpa dengan ahli psikologi klinikal mungkin dapat membantu. Secara mudah, personaliti seseorang juga dapat diterangkan melalui kewujudan sifat-sifat positif dan negatif. Misalnya, sifat positif seperti ceria, mudah bergaul dan yakin dengan diri manakala contoh sifat negatif ialah aggresif, degil atau baran.

BAGAIMANA PERSONALITI TERBENTUK?

Umumnya, terdapat 2 aspek penting yang menentukan personaliti seseorang:

  • Faktor dalaman: Genetik atau sejarah keluarga
  • Faktor luaran: Cara didikan, pengalaman hidup yang dilalui

2 faktor di atas juga berkemungkinan bakal menyumbang kepada masalah personaliti ketika dewasa. Contohnya, seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang kucar kacir atau pengalaman didera secara mental, fizikal atau seksual cenderung untuk menghidapi masalah personaliti yang tertentu.

BILA SIFAT SESEORANG DIANGGAP TAK NORMAL?

Kadang-kadang, kita mungkin berjumpa dengan seseorang yang dianggap pelik atau lain daripada yang lain. Namun, itu tidak cukup sebagai bukti bahawa seseorang itu mempunyai kecelaruan personaliti.

Sesuatu personaliti dianggap tidak normal apabila ianya sangat berbeza atau menyimpang daripada kebiasaan dan budaya seseorang itu dibesarkan. Selain itu, pola personaliti tersebut tidak fleksibel, menganggu kefungsian individu dan menyebabkan tekanan sama ada kepada individu tersebut atau orang di sekelilingnya. Sebagai contoh:

Encik B ialah seorang yang ‘perfectionist’ dan mementingkan kekemasan dalam pekerjaan. Pada mulanya, kualiti ini menyebabkan beliau dipandang tinggi oleh bos dan rakan sekerja. Namun, Encik B mula tertekan apabila beliau memegang jawatan sebagai pengurus.

Beliau sentiasa tidak puas hati dengan hasil kerja anak-anak buah dan mengarahkan mereka untuk mengikut ‘standard’ dan caranya bekerja. Lama-kelamaan, beliau hilang kepercayaan untuk memberikan tugasan kepada orang lain dan lebih selesa untuk menyelesaikanya sendiri. Prestasi kerja Encik B merosot kerana lambakan kerja dan hubungannya dengan rakan sekerja turut menjadi renggang.

RAMAI KE ORANG YANG ADA MASALAH PERSONALITI?

Walaupun jarang dibincangkan, kecelaruan personaliti sebenarnya biasa ditemui dalam kalangan mereka yang mempunyai isu kesihatan mental. Bergantung kepada tempat dan isu kesihatan mental yang dihidapi, jumlah mereka yang mendapatkan rawatan psikiatri yang turut mengalami kecelaruan personaliti boleh mencecah 40 sehingga 60 peratus. Dari sudut global pula, dianggarkan 9 sehingga 15 peratus dari penduduk dunia mempunyai masalah kecelaruan personaliti.

APA IMPAK MASALAH PERSONALITI INI?

Kecelaruan Personaliri merupakan antara faktor atau risiko yang juga menyumbang kepada isu-isu di dalam bidang perubatan dan psikiatri secara umumnya. Mungkin ada isu yang kurang serius namun terdapat jugak impak buruk yang boleh disebabkan oleh kondisi kecelaruan personaliti ini, contohnya :

  • Kecederaan fizikal daripada pergaduhan atau kemalangan disebabkan oleh sifat impusif dan juga kelakuan melulu tanpa berfikir panjang dan rasional
  • Percubaan untuk membunuh diri
  • Kehamilan yang tidak dirancang dan seks bebas
  • Komorbid anzieti, masalah mood (kemurungan, mania) dan masalah penyalahgunaan bahan terlarang
  • Kurang responsif kepada rawatan bagi kategori kemurungan, anzieti dan penyalahgunaan bahan terlarang
  • Komorbid dengan masalah kesihatan fizikal; seperti masalah jantung, sendi, kencing manis dan sistem penghadaman
  • Menjejaskan kefungsian harian (penjagaan diri, kerja dan juga hubungan)

Penulis ialah Dr Muhanna Mansor, siswazah perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Rujukan :

  1. Uptodate. (n.d.). Retrieved April 19, 2021, from https://www.uptodate.com/contents/overview-of-personality-disorders

Summary
Bagaimana Personaliti Terbentuk?
Article Name
Bagaimana Personaliti Terbentuk?
Description
Personality is a distinct characteristic of an individual, which are deeply ingrained that make a person unique. These include behaviour, attitude, temperament, mood, thought and many more which determine the reaction of a persona towards something. It becomes pathological when those aspects resulting in interpersonal or social dysfunction.
Author
Publisher Name
Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai
Publisher Logo

Kongsikan artikel ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply