8 Komorbid yang Mungkin Ada Pada Autisme

happy-kids-playing-white-bedroom-little-boy-girl-brother-sister-play-bed-wearing-pajamas-nightwear-bedding-baby-toddler-family-home_146671-15064

OVERVIEW :

Statistic shows about 70% of children with Autism aging from 10 to 14 years old has co-occuring condition or comorbids together with Autism. This sometimes makes the diagnosis hard to achieve and for sure it requires a more intensive therapy considering those differents conditions and the need to treat it separately.

Kanak-kanak yang mempunyai Autisme tampak seperti normal dari segi fizikalnya lalu membuatkan isu Autisme ini sukar difahami dengan baik sekiranya tidak dikaji dengan teliti. Ditambah pula dengan statistik yang mengatakan 70% kanak-kanak yang mengalami Autisme yang berusia 10 hingga 14 tahun mengalami sejenis kecelaruan lain atau komorbiditi (adanya lebih dari satu kecelaruan pada seseorang individu), hal ini menyukarkan lagi ibu bapa dan guru untuk mengerti apa yang sebenarnya sedang berlaku.

Kecelaruan Sensori

Badan kita mempunyai 7 sensori kesemuanya. Melalui deria-deria ini kita akan mendapat pelbagai stimulasi dari sekeliling. Seterusnya, otak kita akan memproses segala maklumat yang diterima dan memberikan respon yang bersesuaian melalui pergerakan tubuh badan dan tingkah laku.

Dalam dunia Autisme, kefungsian penerimaan dan pemahaman mereka agak berbeza. Kecelaruan neurologi yang berlaku menyebabkan otak mereka menghadapi kesukaran untuk menerima maklumat yang masuk melalui ransangan stimulus kepada pancaindera dan deria-deria yang ada.

Rentetan daripadanya, mereka akan sukar untuk memberikan respon yang bersesuaian dari segi pergerakan tubuh badan atau tingkah laku.

Contoh isu kecelaruan sensori yang berlaku ialah apabila mendengar bunyi kipas. Bagi orang biasa, kita mungkin mendengar bunyi kipas itu lembut sahaja seperti angin yang bertiup. Namun, ia berbeza bagi mereka yang mempunyai Autisme. Bunyi tersebut boleh kedengaran terlalu kuat dan bingit bagaikan bunyi enjin kapal terbang.

Kesannya ialah mereka sangat terganggu dan respon yang dihasilkan adalah sangat berlainan dengan respon individu lain yang tidak menghidapi Autisme. Cuba anda bayangkan bagaimana mereka boleh untuk fokus belajar atau melakukan aktiviti yang lain, sekiranya terdapat perkara yang mengganggu fokus mereka? Susah bukan?

ADHD atau ADD

Kanak-kanak yang mempunyai ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) adalah lebih hiperaktif, lebih sukar untuk menumpukan perhatian ataupun akan lebih mudah untuk bertindak impulsif berbanding mereka yang tidak mempunyai ADHD. Manakala, bagi ADD (Attention Deficit Disorder) mereka mengalami kesukaran yang sama seperti ADHD, cuma bezanya mereka tidak bertingkah laku hiperaktif dan impulsif.

Isu Kesihatan Mental

Terdapat beberapa kajian yang mengaitkan Autisme dengan isu masalah kesihatan mental. 4 daripada 5 mereka yang mengalami Autisme dikatakan turut menghadapi isu kesihatan mental. Dalam satu kajian, telah dinyatakan bahawa dalam 40% kanak-kanak yang mengalami Autisme turut mengalami masalah keresahan atau Anxiety Disorder.

Mereka yang mengalami Autisme ini sangat mudah teruji dengan tekanan dari pelbagai sumber. Antara sumber-sumber yang boleh menjadi isu adalah seperti isu sensori yang mereka tidak dapat tangani, situasi sosial yang mencabar kerana mereka kekurangan kemahiran sosial, dan isu akademik yang membebankan. Maka, apabila mereka tidak mampu untuk menangani tekanan-tekanan yang dihadapi, mereka mungkin akan mengalami keresahan atau kemurungan.

Kekurangan Upayaan Intelektual

Dianggarkan 40-70% dalam kalangan anak-anak yang mengalami Autisme turut mengalami kekurangan upayaan intelektual. Terdapat 3 ciri-ciri kekurangan upayaan intelektual :

  • Tahap kecerdasan  IQ di bawah 70
  • Keadaan ini dikenalpasti sebelum usia 18 tahun
  • Keadaan ini mengekang kemampuan individu untuk menjalani aktiviti seharian seperti urus diri dan sebagainya

Epilepsi

Epilepsi adalah satu kondisi di mana pesakit mengalami masalah sawan berulang kali. Ianya lebih biasa dijumpai dalam kalangan mereka yang mengalami Autisme berbanding golongan biasa. 

Disleksia

Anak – anak yang mengalami disleksia menghadapi masalah membaca dan mengeja walaupun mereka mampu belajar. Mereka mempunyai tahap kecerdikan (IQ) setara dengan rakan-rakan sebaya dan mampu memahami serta menghafal fakta apabila diajar secara lisan. Namun, apabila ditunjuk huruf dan diajar bunyinya, mereka menghadapi masalah untuk mempelajarinya.

Hiperleksia

Berbeza dengan individu disleksia, mereka ini mempunyai kecenderungan dan kemahiran membaca yang tinggi, namun menghadapi masalah untuk bertutur dengan baik. Mereka ini sangat cekap membaca namun mempunyai masalah sekiranya ditanyakan berkenaan pemahaman akan petikan yang dibacanya. Dianggarkan 5-10% dalam kalangan individu yang mengalami Autisme turut mengalami hiperleksia.

Apraksia Pertuturan

Kecelaruan ini menyebabkan kanak-kanak yang mengalaminya menghadapi kesukaran untuk menghasilkan bunyi, suku kata dan perkataan. Kesukaran ini adalah disebabkan oleh otak yang tidak mampu untuk mengawal pergerakan tubuh yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi seperti mulut, rahang, lidah dan gigi.

Fragile X syndrome

Fragile X merupakan sejenis kondisi genetik dan antara penyebab yang sering dijumpai di dalam kes kekurang upayaan intelektual secara warisan (inherited). Mereka juga mempunyai masalah dari segi isu perkembangan yang lain seperti masalah pembelajaran dan tingkahlaku mencabar.

Sindrom ini lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki, dan biasanya kanak-kanak lelaki menunjukkan keadaan yang lebih teruk berbanding perempuan.

Rujukan :

  1. Toran, H. (2017). Autisme: Panduan Ibu Bapa. Penerbitan Ryadh.
  2. Conditions that can occur with autism. (2021, March 22). Raising Children Network. https://raisingchildren.net.au/autism/learning-about-autism/about-autism/conditions-that-occur-with-asd

Summary
8 Komorbid yang Mungkin Ada Pada Autisme
Article Name
8 Komorbid yang Mungkin Ada Pada Autisme
Description
The co-occuring conditions or comorbidities that present together in Autism sometimes giving parents and teachers headache and even giving real challenges for practitioners to have a clear cut diagnosis.
Author
Publisher Name
Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai

Kongsikan artikel ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply