Sehingga kini, berjuta kajian telah dilakukan untuk mencari punca Autisme. Namun, punca utama ASD masih belum diketahui. Kebanyakan sumber bersetuju bahawa Autisme disebabkan oleh pelbagai faktor dan antara faktor yang dominan ialah faktor genetik (kembar atau sejarah keluarga).

Faktor – faktor lain yang turut menyumbang adalah:

1. Bagaimana untuk mendiagnosis ASD?

Kondisi ASD ini selalunya boleh dikesan apabila berlaku perubahan ketara yang membezakan kebolehupayaan seseorang kanak-kanak itu berbanding yang lain, sebagai contoh lewat bercakap atau terdapat komen daripada guru di sekolah atau tadika yang sedar akan jurang komunikasi dan interaksi sosial yang berlaku.

Sebagai langkah awal dalam mengesan ASD, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah awal dengan melakukan saringan umum di klinik kesihatan kerajaan seawal usia 18 bulan. Satu ujian soal jawab yang menguji tahap perkembangan dan tingkah laku iaitu Modified Checklist For Autism in Toddlers (M-CHAT) akan dilakukan untuk kanak-kanak berusia 18-36 bulan. Terdapat juga beberapa soaljawab yang lain yang dapat dilakukan untuk menyaring Autisme pada peringkat umur yang  lain.

Kebiasaannya, simptom akan nampak lebih ketara apabila berusia umur 2 tahun. Diagnosis ASD hanya boleh dilakukan oleh golongan professional yang berpengalaman seperti doktor pakar kanak-kanak, pakar psikiatris atau psikologis klinikal. Proses diagnosis ini lazimnya memakan masa kerana ia memerlukan pemerhatian rapi dan beberapa perjumpaan susulan bagi mengesahkan simptom-simptom yang mungkin ada. 

2. Rawatan yang diperlukan?

Kanak- kanak yang mempunyai Autisme sebaiknya dirawat oleh pelbagai bidang kepakaran untuk memastikan kesemua aspek perkembangannya disentuh dan dapat diikuti dengan baik. Terdapat beberapa sekolah yang menawarkan intervensi awal untuk kanak-kanak yang memerlukan. Untuk kesan yang terbaik, ibu bapa disarankan untuk memastikan anak-anak mengikuti sebaiknya rawatan susulan yang melibatkan carakerja, pertuturan dan kaedah pembelajaran khusus yang dirancang. Hal ini penting bagi melatih kemandirian diri kanak-kanak tersebut. Ibu bapa perlu maklum, kelas intervensi awal (Early Intervention Program) ini sememangnya akan memakan masa untuk mengajar anak-anak kerana keperluan dan kebolehupayaan manusia akan berubah dari masa ke semasa. Justeru, kelas ini adalah bertujuan untuk membantu mereka menjalani adaptasi kehidupan sebaik mungkin.

Dalam sesetengah kes, mungkin ada kanak-kanak yang diberikan ubat tetapi ubat ini bukanlah untuk mengubati Autisme. Namun, ia berfungsi untuk mengurangkan kadar hiperaktif atau untuk membantu anak-anak supaya mudah tidur. 

Emotional cute african american boy expressing surprise or astonishment, covering mouth with hand as sign of shock or secrecy, keeping still tongue in head. true human emotions and reaction Free Photo

3. Apa yang boleh saya lakukan?

Sebagai ibu bapa, sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai anak anda, ianya tidak salah untuk mencari pendapat yang lebih pakar. Seperti yang kita maklum, intervensi awal ternyata memberikan kesan yang lebih efektif.

Persoalannya, bilakah waktu yang sepatutnya saya pergi mendapatkan bantuan?

Jawapannya, bila anda merasakan keadaan itu tidak normal. Segera berjumpa dengan yang pakar, dan sementara menunggu proses pengesahan yang memakan masa tersebut, anda boleh membawa anak anda untuk berjumpa dengan terapis carakerja atau pertuturan untuk membantu masalah sedia ada.

Bagi ibu bapa kepada kanak –kanak yang mempunyai Austime, anda adalah sokongan terdekat dan terhebat yang mereka perlukan. 

1. Banyakkan pembacaan pada lawan web yang sahih dan bertanya pada yang pakar tentang bagaimana cara untuk membantu kanak-kanak ini. Pendidikan di rumah perlu seiring dengan pendidikan yang diberikan oleh pihak luar (sekolah). Kita perlu mempunyai pengetahuan yang baik untuk memahami mereka kerana pemahaman itulah yang akan menentukan bagaimana tindak tanduk atau reaksi kita yang seterusnya terhadap anak-anak.

Kebanyakan ibubapa berada dalam fasa penolakan atau ‘denial’ apabila anak mereka disahkan mempunyai Autisme. Jujur kata, ianya memang sesuatu yang sangat berat, anda akan berhadapan dengan pelbagai reaksi masyarakat yang mungkin masih cetek ilmu mengenai kondisi ini. Namun, sekiranya kita berterusan begitu, yang akan mendapat kesannya adalah anak kita. Berikan mereka hak dan perhatian yang sewajarnya untuk kita bantu mereka hidup seperti yang lain. 

2. Sertai support group Autisme yang sedia ada untuk mendapatkan sokongan dan kekuatan untuk kita sendiri sebagai ibu bapa kepada anak-anak istimewa ini.

Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Shah Alam menyediakan penilaian untuk diagnosism terapi pertuturan dan juga carakerja untuk kanak-kanak yang memerlukan.

Kami juga menyediakan silibus Early Intervention Programme (EIP). Program ini adalah satu program yang dirangka khusus dan holistik bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai kelewatan perkembangan yang memerlukan intervensi awal sebagai persediaan sebelum memasuki alam persekolahan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply