Perbuatan yang berulang-ulang; OCD atau sekadar berhati-hati?

Gambar Blogpost Perbuatan yang berulang-ulang; OCD atau sekadar berhati-hati?

Isu ini sering dibangkitkan terutama sekali dalam bab beribadah. Benar, dalam bab agama penelitian itu satu perkara yang sangat dituntut. Namun, keyakinan juga merupakan sesuatu yang menjadi pokok pangkal dalam pelaksanaan dan juga penerimaan sesuatu ibadah itu. 

Justeru, berhati – hati dalam mengamalkan ritual agama atau pendekatan aqidah itu perlu. Namun, bagaimana cara untuk kita tahu, adakah ini sekadar berhati-hati yang normal (bersikap untuk berhati-hati daripada perkara yang tidak pasti) atau was –was yang tidak normal (Religious OCD)?

Sebagai contoh yang sangat lazim berlaku :

Pakcik Azam sedang mengambil wudu’, ketika dia sedang membasuh tangan, tiba-tiba dia ragu-ragu samada sempurna atau tidak basuhannya, dia lantas berfikir bahawa ini akan menyebabkan solatnya tidak sah, solat tidak diterima dan akan menyebabkan dia masuk ke neraka.

Dalam kes ini, dia terpaksa mengulangkan kembali wudu’ itu sehingga dia yakin sempurna, maka dibasuhnya buat kali yang kedua. 

Tiba-tiba dia ragu sekali lagi adakah benar ia sempurna? Dan diulangi basuhnya sehingga berpuluh kali untuk meredakan kerisauan basuhannya yang tidak sempurna itu sehingga memakan masa 15 minit hanya untuk membasuh tangan sahaja. Kelakuan mengulang basuhan ini JELAS TIDAK LOGIK dan menyebabkan berlaku pembaziran masa dan tenaga.

Terdapat satu video yang diulas oleh Dr Ahmad Nabil Md Rosli, Pakar Psikiatri UIAM yang menjelaskan perbezaan antara keduanya.

Di sini diringkaskan perbahasan video tersebut ;

Orang yang berhati-hati dalam agamaFaktorOrang yang was was disebabkan oleh OCD
Mereka berhati-hati dalam urusan agama kerana hendak menjauhi yang haram atau yang samar, dan ia berasaskan keyakinanKeyakinanPerbuatan tersebut diulang-ulang atas sebab keraguan yang ada.
Merujuk Al Quran, Assunnah, ulama.
Sunnah wudu’ membasuh tangan akan diulang sebanyak 3 kali.
Didasari ilmuMereka akan mengulang ritual lebih daripada 3 kali yang mana ianya tidak selari dengan anjuran atau tatacara sebenar
Pengulangan kerana taqorrubbillah dan untuk mendapatkan rahmatTujuanTujuan untuk hilangkan keresahan mereka, dan fokus mereka lebih kepada perkara negatif.
Contoh :  takut- takut kalau aku membuat dosa yang tidak dapat dimaafkan.
Bertambah khusyuk dan penghayatanPenghayatan ibadahPerasaan resah , tidak khusyuk, penghayatannya terganggu
Mereka akan berhati-hati dalam segenap sudut di dalam agama, bukan cuma fokus pada bahagian tertentu sahajaFokusCenderung utk fokus kepada satu satu perkara sahaja (contoh : wudu’)

 Apa bentuk rawatan yang perlu saya dapatkan?

 Pertama sekali, anda perlu berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan diagnosis yang betul. Kondisi ini memerlukan rawatan ubat dan juga terapi psikologi.

Terapi psikologi yang diberikan berfokus untuk mengubah bentuk pemikiran, dan juga untuk mendedahkan individu kepada perkara yang ditakutinya itu dan membantu mereka menghadapinya dengan baik.

Sumber : 

YouTube Dr Ahmad Nabil Rosli : Soal-Jawab (Ep. 1): Apa beza waswas (kecelaruan obsesif kompulsif) dan berhati-hati dalam agama.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp