Kecelaruan Bipolar; Aku mampu melakukan semuanya!

image1 (2)

Kecelaruan bipolar adalah satu istilah baru yang mendefinisikan satu keadaan di mana seseorang mengalami gangguan mood yang berubah-ubah antara fasa gembira yang terlampau dan kemurungan.

Fasa gembira yang lebih dikenali sebagai “mania” ini terbahagi kepada 2 jenis. Sekiranya cukup simptom-simptom yang digariskan, ianya dipanggil sebagai fasa mania. Sekiranya fasa gembira ini tidak begitu ketara, tiada simptom psikosis dan lebih pendek jangka masanya, ia dipanggil sebagai “hypomania”.

Perubahan emosi yang ketara ini menyebabkan masalah dan menyukarkan pesakit untuk menjalani kehidupannya seperti biasa. Kecelaruan Bipolar berbeza dengan “mood swing” yang biasa kerana bipolar melibatkan 2 ekstrem perasaan sama ada terlalu bahagia atau terlalu murung dan sedih.

Bipolar adalah kecelaruan mood yang mempunyai 2 kutub, sebab itu ia digelarkan bi-polar

BAGAIMANA SESEORANG BOLEH MENDAPAT BIPOLAR?

Seperti mana kondisi mental yang lain, punca sebenar bagi Bipolar masih belum dapat dikenalpasti. Namun secara teorinya, terdapat beberapa faktor seperti faktor genetik, faktor ketidakseimbangan hormon, dan faktor tekanan yang berlaku dalam hidup.

Secara teorinya, kecelaruan emosi ini adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia (neurotransmitter) di dalam otak iaitu Serotonin dan Dopamin.

Kedua-dua bahan kimia ini menjadi lebih tinggi daripada biasa ketika fasa mania dan menjadi lebih rendah semasa fasa kemurungan.

Serotonin memainkan peranan yang penting dalam emosi manakala Dopamin pula penting dalam pengawalan pergerakan, fokus dan motivasi.

ADAKAH PENYAKIT INI KERAP DIJUMPAI?

Bipolar ini sebenarnya terbahagi kepada dua jenis, Bipolar I dan Bipolar II. Prevalens Bipolar I (0.6-0.9%) adalah lebih tinggi berbanding Bipolar II (0.4-0.5%). Kondisi ini biasa berlaku dalam kalangan orang muda dan lebih mudah dijumpai dalam kalangan wanita. Menariknya, ia juga lebih banyak dijumpai dalam golongan yang berpendidikan tinggi.

Apa beza Bipolar I dan Bipolar II?

BIPOLAR IBIPOLAR II
Terdapat simptom maniaTerdapat simptom hypomania
Terdapat simptom psikosisTiada simptom psikosis
Episod kemurungan boleh ada/ tiadaKebiasaannya terdapat episod kemurungan
Kefungsian harian terjejasKefungsian harian terjejas tetapi tidak seteruk Bipolar I

APAKAH FASA MANIA?

Menurut DSM -5, diagnosis mania memerlukan kriteria wajib iaitu wujud perasaan gembira yang berterusan dan melampau atau cepat marah (baran) dan peningkatan aktiviti serta tenaga yang tidak normal (melampau) selama sekurang-kurangnya satu minggu.

Selain itu,

1. Peningkatan keyakinan diri serta merasakan diri hebat (grandiosity).

2. Kurang keperluan untuk tidur, misalnya hanya perlu tidur dua sehingga tiga jam sehari tetapi masih berasa segar keesokannya

3. Lebih banyak bercakap dari biasa.

4. Mempunyai banyak idea dan merasakan fikiran bergerak laju.

5. Mudah terganggu atau tidak dapat menumpukan perhatian.

6. Peningkatan aktiviti yang bermatlamat atau keresahan psikomotor (psychomotor agitation).

7. Terlampau melibatkan diri dalam aktiviti yang berisiko dan menyebabkan kesan buruk seperti membeli belah tanpa kawalan, hubungan seksual secara rambang atau membuat pelaburan tanpa berfikir panjang.

Empty wallet in female hands Free Photo

BAGAIMANA UNTUK MENDIAGNOSIS BIPOLAR?

Seperti penyakit mental yang lain, perlu dipastikan bahawa gejala-gejala yang dialami bukanlah disebabkan oleh kesan pengambilan dadah atau penyakit fizikal. Untuk itu, selain daripada pengambilan sejarah penyakit dari pesakit dan keluarga, pemeriksaan fizikal, ujian makmal serta adakalanya ujian radiologi perlu dijalankan untuk kepastian.

RAWATAN BAGI BIPOLAR

Kondisi ini memerlukan ubatan seperti ubatan penstabil emosi (mood stabilizer) serta antipsikotik. Dalam fasa kemurungan pula, ubatan anti-kemurungan turut diberikan bersama ubat penstabil emosi. Di samping itu, rawatan psikoterapi juga dijalankan bagi membantu penyembuhan. 

Kongsikan artikel ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply