Tugas psikologis klinikal

Mock Session

“Psikologis boleh bagi ubat tak? Saya perlukan ubat”

“Saya bayar untuk sesi bercakap-cakap je ke?”

“Psikologis yang bagi motivasi tu ya?”

“Kalau tengok dan tanya-tanya soalan saja psikologis dah boleh tahu ke anak saya ni autism?”

Hampir setiap hari kami terima soalan yang hampir sama dari klien yang ingin dapatkan sesi bersama psikologis klinikal kami. Mesti ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya kelayakan dan tugas seorang psikologis klinikal. Di sini kami berikan sedikit penjelasan kepada anda.

Kelayakan Psikologis Klinikal :

Sekurang-kurangnya Sarjana (Master) dalam jurusan psikologi klinikal (Malaysia)

Tugas Psikologis Klinikal :

  • Mengenal pasti masalah psikologi, emosi atau tingkah laku
  • Mendiagnosis gangguan psikologi, emosi dan tingkah laku
  • Membantu klien menentukan matlamat dan merancang tindakan untuk mencapai perkembangan dan penyesuaian peribadi, sosial, pendidikan dan vokasional
  • Merangka dan melaksana rancangan rawatan dan proses terapi
  • Memantau kemajuan klien melalui pertemuan atau sesi berkala

Merujuk kepada persoalan diatas, sesi terapi bersama psikologis klinikal bukanlah sembang kosong mahupun sesi motivasi, namun, setiap apa yang diajar dan disampaikan kepada klien mempunyai objektif dan menggunakan teknik tertentu bagi setiap klien yang hadir untuk dapatkan rawatan.

Bagi yang tertanya-tanya, adakah psikologis klinikal boleh berikan apa-apa jenis ubat-ubatan kepada klien. Jawapannya adalah tidak, kerana ianya diluar bidang kepakaran psikologis klinikal. Sekiranya klien perlu ambilan ubat-ubatan, klien akan dirujuk kepada psikiatris.

Dapatkan pengesahan autisme/ADHD/masalah pembelajaran/depressi/anzieti dan isu psikologi kanak-kanak dan dewasa di sini.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp