Melalui piramid pembelajaran ini kita dapat mengetahui bahawa deria atau sensori merupakan perkara yang penting dalam perkembangan kanak-kanak.

Terdapat 7 deria sensori yang penting iaitu:
- deria sentuhan
- deria pergerakan (proprioception)
- deria keseimbangan (vestibular)
- deria visual/penglihatan
- deria auditori/pendengaran
- deria rasa
- deria hidu
Sensori integrasi merujuk kepada cara sistem saraf menerima maklumat daripada persekitaran melalui sensori dan menterjemahkan kepada tindakbalas motor (action) dan tingkahlaku yang bersesuaian.
Gangguan Pemprosessan Sensori (SPD) berlaku sekiranya kanak-kanak mengalami gangguan pada salah satu daripada sensori tersebut ianya akan menjejaskan beberapa kefungsian badan disebabkan maklumat menjadi tidak teratur dan mempunyai masalah dalam mentafsir persekitaran dengan cara yang berbeza dan akhirnya akan menjejaskan kehidupan harian.
Antara tanda-tanda SPD ialah
- hipersensitif atau hyposensitif kepada sentuhan, pergerakan, penglihatan atau bunyian.
- impulsif atau kurang kawalan diri.
- kesukaran dalam menyesuaikan diri di tempat baru atau belajar benda baru.
- mudah terganggu.
Jurupulih carakerja (OT) memainkan peranan penting dalam menjalani ujian standard dan pemerhatian bagi menentukan jika kanak-kanak tersebut mengalami masalah dalam gangguan pemprosesan sensori. OT juga memainkan peranan penting dalam memberikan rawatan khusus melalui terapi integrasi sensori yang berkesan bagi meningkatkan keupayaan kepada sistem sensori.