Teknik Pernafasan Untuk Bantu Anda Relaks

Gambar Blogpost Teknik Pernafasan Untuk Bantu Anda Relaks

Serangan panik dan stress kadangkala mengganggu aktiviti harian kita. Memandangkan kita bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi aktiviti luar agak terhad dan sudah pasti ianya lebih sukar untuk kita.

Justeru, psikologis Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai kongsikan tips self-help untuk anda lakukannya sendiri di rumah.

Tips yang akan kami kongsikan adalah berkenaan teknik pernafasan (deep breathing). Teknik pernafasan yang betul, dapat bantu anda kembali relaks dan tenang.

TEKNIK PERNAFASAN (DEEP BREATHING)

  • Pastikan anda dalam keadaan selesa
    • Anda boleh duduk, baring atau posisi yang ada selesa
    • Pastikan keadaan anda betul-betul selesa ketika itu
  • Letakkan satu tangan pada perut anda
  • Tarik nafas melalui hidung selama 5 saat
    • Semasa anda bernafas, rasakan perut anda naik
    • Biarkan perut anda penuh dengan udara
  • Tahan nafas selama 5 saat
  • Hembus nafas melalui mulut selama 5 saat
  • Ulang sebanyak 3 kali

Nota kaki:

Teknik pernafasan ini pada permulaannya mungkin sedikit mencabar (bagi sesetengah individu), namun setelah ianya dijadikan rutin, kita akan terbiasa dengannya dan akan memberikan kesan yang baik.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp