Okay, tarik nafas hembus..

Dengan keadaan sekarang, musim covid 19. Kebanyakkan anak anak akan menjadi “restless” sebab tak boleh keluar rumah, berlaku perubahan rutin..

Ini adalah tips tips yg boleh saya kongsi kan bagaimana menangani isu ini.

1) Cerita Sosial tentang Krisis Covid 19

Ibubapa boleh menunjukkan gambar atau bercerita dengan anak-anak dengan mengunakan ayat yang mudah dan senang difahami. Cerita sosial adalah untuk membantu anak-anak bersedia dengan perubahan yang bakal berlaku.

2) Rangka jadual aktiviti anak seharian

Ibubapa boleh membuat visual schedule sama ada printed atau melukis bersama-sama anak-anak. Aktiviti sebegini sangat menyeronokkan , malahan visual schedule dapat membantu anak-anak untuk bersedia dengan aktiviti yang akan dilakukan esok.

3) Ibu bapa boleh memilih aktiviti yang sesuai buat anak-anak

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama anak dengan mengunakan barangan yang ada dirumah. Antaranya bermain messy play dengan menggunakan tepung, membuat playdough dengan tepung, cari kacang merah didalam tepung, memerah air menggunakan span. Aktiviti sebergini bukan sahaja menyeronokkan malah ia dapat menguatkan skil halus anak-anak.

4) Menyimpan mainan selepas bermain

Ibubapa perlu mengajar anak-anak menyimpan mainan setelah habis bermain. Ini bertujuan mendidik sikap bertangungjawap dan juga boleh mendengar arahan dengan baik. Ibubapa juga harus turut serta dalam aktiviti mengemas ini.

Selamat mencuba !

Leave a Reply