Sokongan Kepada Individu Yang Mengalami Gangguan Mental

Gambar Blogpost Sokongan Kepada Individu Yang Mengalami Gangguan Mental

Sokongan padu sangat memainkan peranan penting dalam proses pemulihan kesihatan mental. Sekiranya anda tidak pasti bagaimana bertindak balas apabila seseorang memberitahu anda bahawa mereka sedang menghadapi masalah kesihatan mental, anda boleh lakukan langkah-langkah seperti yang berikut.

Bagaimana untuk membantu seseorang dengan gangguan mental?

  • Menghulurkan tangan : Biarkan mereka tahu bahawa anda ada bersama mereka
  • Membantu mereka mendapatkan perkhidmatan kesihatan mental : Mereka perlu mendapatkan diagnosis awal bagi mengetahui rawatan atau terapi lanjutan yang diperlukan
  • Layan mereka dengan hormat : Banyakkan mendengar apa yang mereka ingin kongsikan dan sentiasa bersabar melayani mereka
  • Jangan tentukan kedudukan mereka melalui diagnosis : Berikan sokongan tanpa berikan layanan yang buruk selepas mereka disahkan mengalami gangguan mental
  • Belajar dan berkongsi tentang kesihatan mental : Fahami secara menyeluruh keadaan mereka dan sebarkan kesedaran kesihatan mental secara umum

Tugas kita adalah untuk menunjukkan kepada mereka ada yang menyokong, menyayangi dan menguatkan mereka untuk terus pulih. 

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp