Trauma

Gambar Blogpost Trauma

Kecelaruan trauma dan tekanan adalah antara kecelaruan psikologi yang sering berlaku dan selalu dibincangkan selain kecelaruan kemurungan. Kecelaruan yang melibatkan pendedahan kepada peristiwa traumatik atau peristiwa yang membawa tekanan kepada diri sebagai kriteria diagnostik adalah tergolong dibawah kecelaruan trauma dan tekanan serta yang berkait dengannya. Penderitaan psikologikal berikutan pendedahan kepada peristiwa traumatik adalah berpelbagai. Bagi kebanyakan individu, mereka yang terdedah kepada peristiwa traumatik ini menunjukkan sejenis fenotaip di mana mereka mempunyai ciri-ciri klinikal yang paling ketara iaitu simptom anhedonik dan disforik, simptom agresif atau simptom disforik.

PTSD adalah satu kecelaruan yang terbentuk apabila seseorang individu itu mengalami kejadian yang mengejutkan, menakutkan atau situasi yang bahaya. Ianya adalah sesuatu yang normal untuk berasa takut semasa dan selepas terjadinya situasi yang traumatik. Kebanyakan orang akan melalui reaksi yang pelbagai selepas trauma, namun mereka akan secara semula jadinya sembuh atau tidak lagi mengalami simptom-simptom trauma itu selepas satu jangka masa. Bagi individu yang menghadapi masalah secara berterusan selepas perkara yang traumatik itu berlaku, mungkin didiagnos dengan PTSD.

Beberapa kecelaruan yang tersenarai di bawah kecelaruan trauma dan tekanan serta yang berkait dengannya menurut Manual Diagnostik dan Statistik 5 (DSM-5) adalah seperti berikut:Kecelaruan Perapatan Reaktif,Kecelaruan Tiada Sekat Laku dalam Urusan Sosial,Kecelaruan Tekanan Pasca Trauma,Kecelaruan Tekanan Akut,Kecelaruan Penyesuaian,Kecelaruan Trauma dan Tekanan yang Berkait Dengannya Spesifikasi Lain,Kecelaruan Trauma dan Tekanan yang Berkait Dengannya tidak Dispesifikasi

SIMPTOM KECELARUAN TRAUMA

  • Mimpi ngeri, selalu terbayang kembali insiden trauma, mengalami gangguan tidur
  • Tingkah laku yang agresif seperti mencederakan diri atau orang lain
  • Emosi yang negatif, selalu menyalahkan diri, hilang minat terhadap aktiviti kegemaran, sukar mengingat plot penting dalam peristiwa tersebut
  • Mengalami kesukaran menumpukan perhatian kerana ingatan terhadap peristiwa yang menyebabkan trauma

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp