fbpx

SCHOOL REFUSAL (ENGGAN BERSEKOLAH)

Kajian menunjukkan bahawa kira-kira 90% daripada semua anak muda yang enggan pergi ke sekolah mempunyai beberapa bentuk diagnosis psikiatri. Tingkah laku school refusal merujuk kepada kanak-kanak yang mengelak untuk hadir ke sekolah dan / atau mengalami kesukaran berterusan untuk berada di dalam bilik darjah sepanjang waktu persekolahan.

School refusal mengakibatkan kanak-kanak mengalami konflik dengan keluarga, sekolah, dan komuniti. Kegagalan untuk menghadiri sekolah mempunyai kesan jangka pendek dan jangka panjang yang signifikan ke atas perkembangan sosial, emosi, dan pendidikan mereka.

Menurut Encik Zakuan Khalil, seorang kaunselor di Unit Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) melalui Utusan Online telah menyenaraikan punca anak enggan ke sekolah seperti berikut :

  1. Masalah dengan kanak-kanak lain seperti diejek atau dipulaukan
  2. Masalah dengan guru
  3. Ancaman kecederaan fizikal daripada pembuli
  4. Malu atau takut setelah diejek atau dibuli
  5. Masalah dalam pembelajaran
  6. Masalah pergaulan seperti kemahiran bersosial yang rendah dan rasa rendah diri
  7. Mempunyai konflik keluarga
  8. Masalah psikiatri seperti kemurungan (depression), kebimbangan (anxiety), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan lain-lain lagi

Tingkah laku school refusal ini sering disamakan dengan tingkah laku ponteng sekolah tetapi ternyata kedua-duanya adalah berbeza. Antara perbezaannya adalah school refusal berkait rapat dengan isu psikologi seperti tekanan emosi yang mungkin melibatkan kebimbangan, tatrum, kemurungan atau isu somatik manakala ponteng sekolah melibatkan kebimbangan atau ketakutan untuk menghadiri sekolah.

Selain itu, ibu bapa anak-anak yang mempunyai school refusal ini maklum dengan ketidakhadiran anak mereka. Mungkin juga anak-anak ini akan memujuk ibu bapa supaya membenarkan mereka untuk duduk di rumah sahaja atas faktor berasa lebih selamat. Ini berlainan dengan pelajar yang memonteng sekolah di mana mereka selalunya akan merahsiakan ketidakhadiran daripada ibu bapa.

Malahan, anak-anak dengan school refusal ini tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyelesaikan semua kerja sekolah yang diberikan sewaktu berada di rumah berbanding anak yang memonteng sekolah. Bukan itu sahaja, tingkah laku school refusal ini mungkin melibatkan masalah emosi anak yang berkait rapat dengan hubungan ketergantungan yang tidak dapat diselesaikan, kebiasaanya dengan ibu.

Adalah penting untuk mengenal pasti masalah awal dan mendapatkan bantuan luar yang sewajarnya untuk mengelakkan masalah yang lebih serius. Penilaian dan pengurusan tingkah laku school refusal memerlukan pendekatan kolaboratif yang meliputi ahli keluarga, kakitangan sekolah, ibu bapa, dan psikologis.

Rawatan berkaitan termasuk terapi sokongan pendidikan, terapi tingkah laku kognitif, intervensi ibu bapa dan guru, dan farmakoterapi. Psikologis boleh memberi sokongan psychoeducational untuk kanak-kanak dan ibu bapa, dan membantu merujuk kepada psikoterapi yang lebih intensif. 

Kongsikan artikel ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply