Atasi Anzieti dan Stress Anak Anda

Gambar Blogpost Atasi Anzieti dan Stress Anak Anda

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak merubah norma kehidupan kita. Bukan sahaja kita yang dewasa ini terkesan, malahan kanak-kanak turut sama merasai perubahan terhadap rutin harian mereka.

Perlu kita ketahui, kanak-kanak turut terdedah dengan stres dan anzieti terutama sekali dalam keadaan sekarang.

Ada yang rindu nak ke sekolah, bermain bersama kawan-kawan di taman perumahan, rindukan atuk dan nenek di kampung, serta rindukan ibubapa yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan. Ada yang sudah biasa, mungkin juga masih ada segelintir kanak-kanak yang masih berada dalam fasa penyesuaian diri.

Di sini, Psikologis Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai kongsikan sedikit tips tangani anzieti dan stress dalam kalangan kanak-kanak yang boleh dijalankan oleh ibubapa atau penjaga di rumah sepanjang PKP ini.

  • Bercakap dengan mereka mengenaik COVID-19 dan mengapa jarak sosial itu penting
  • Tetap berhubung dengan rakan dan saudara
  • Mencari aktiviti yang boleh anda lakukan bersama
  • Mengehadkan apa yang mereka lihat di berita atau internet
  • Jaga diri anda, makan makanan yang berkhasiat & bersenam secara teratur

Kekal di rumah. Kita pasti menang!

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp