fbpx

Pembunuhan Kanak-kanak : Mengenali Personaliti Si Pelaku (Psikopat)

arton138700

Suatu ketika dahulu, Malaysia digemparkan dengan pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan bernama Nurin Jazlin pada tahun 2007 yang ketika itu hanya berusia 8 tahun. Kes pembunuhan kanak-kanak masih lagi berterusan sehingga ke hari ini. Beberapa bulan kebelakangan ini, tersebar di media sosial, TV, akhbar dan sebagainya mengenai kes penderaan yang mengakibatkan kematian atau pembunuhan kanak-kanak. Yang terbaru melibatkan seorang bayi lelaki yang dijumpai telah meninggal dunia dalam keadaan yang amat menyayat hati kita semua.

Beberapa kes telah yang berlaku pada tahun 2018 adalah seperti berikut:

• 30 Januari : Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut, dipercayai akibat didera selepas keputusan bedah siasat mendapati kanak-kanak terbabit cedera pada buah pinggang, selain usus terkoyak dan patah tulang rusuk dipercayai dipukul dengan objek tumpul.oleh bapa kandung serta ibu tirinya, dalam kejadian di Port Dickson.

• 18 April : Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut disyaki akibat penderaan teman lelaki ibunya sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus.

• 13 Jun : Pengasuh didakwa atas tuduhan membunuh kerana menyebabkan kematian seorang bayi yang berusia 2 tahun di bawah jagaannya di Taman Tuanku Jaafar, Seremban.

• 18 Jun: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan maut dengan lebih 30 kesan tikaman di badannya dipercayai dibunuh saudaranya dalam kejadian di Kepong.

• 4 Julai : Seorang bayi lelaki lima bulan ditemui mati di dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah pengasuhnya di Gombak.

PEMBUNUH PSIKOPAT

Tingkah laku psikopat adalah tidak bermoral dan tanpa ragu seperti melakukan pembunuhan, pencabulan seksual, penipuan ,dan memulakan pembakaran. Orang yang psikopat memangsai dengan kejam pada orang lain menggunakan guna-guna, penipuan, keganasan atau cara lain yang membenarkan mereka untuk mendapatkan dengan mereka mahu. Seorang pakar kesihatan mental, Hervey Cleckley merupakan antara yang terawal memperkenalkan istilah psikopati dalam buku beliau, The Mask of Sanity yang diterbitkan pada tahun 1841.

Psikopati didefinisikan sebagai satu gangguan mental di mana seseorang individu menunjukkan perangai antisosial dan tidak bermoral, kekurangan keupayaan membentuk perhubungan peribadi yang bermakna, dan menunjukkan satu kegagalan belajar daripada pengalaman lepas.

Berdasarkan Hare Psycopathy Checklist-Revised (PCL-R), 20 sifat psikopat yang dinilai termasuk :

  • Pandai berkata-kata
  • Meninggi diri
  • Berbohong
  • Licik dan pandai memanipulasi
  • Kurang belas kasihan
  • Kurang responsif kepada emosi
  • Kejam dan kurang empati
  • Gaya hidup parasite (Parasitic life style)
  • Kawalan kelakuan yang teruk
  • Seks rambang
  • Masalah tingkah laku awal
  • Kekurangan matlamat jangka panjang
  • Impulsitiviti
  • Tidak bertanggungjawab
  • Kegagalan akan menerima tanggungjawab untuk tindakan sendiri
  • Hubungan rumah tangga jangka pendek
  • Kenakalan juvana
  • Pembatalan pembebasan bersyarat
  • Keserbabolehan melakukan jenayah

ADAKAH PSIKOPAT TAHU MEMBUNUH ADALAH SALAH?

Sekumpulan pengkaji dari Universiti Tilburg, Universiti Maastricht dan Universiti Harvard – diketuai oleh Maaike Cima, pada tahun 2010 merungkai persoalan ini. Dengan mengkaji 37 orang pesalah dalam sebuah pusat forensik psiaktrik di Venray dan 35 orang awam di selatan Netherland, Cima dan pasukannya mengkaji proses emosi yang diperlukan bagi membuat pertimbangan moral dan menemui bahawa psikopat memahami perbezaan diantara salah dan betul, tetapi tidak peduli tentang kesan yang bakal berlaku disebabkan oleh tindakan tidak bermoral mereka. 

KENALI PERSONALITI PSIKOPAT

  • Kurang penyesalan
  • Kegagalan untuk mematuhi norma-norma sosial
  • Impulsiviti atau kegagalan untuk merancang lebih awal
  • Secara tidak peduli mengabaikan keselamatan diri atau orang lain
  • Cepat marah dan agresif, seperti pergaduhan fizikal dan serangan berulang
  • TIdak bertanggungjawab secara konsisten seperti kegagalan berulang untuk bekerja atau mengutamakan tanggungan kewangan
  • Pembohogan berulang, menggunakan alias, atau mempergunakan orang lain untuk keuntungan atau keseronokan peribadi
  • Kelakuan antisosial tidak khusus semasa mengalami skizofrenia atau episod manik (manic episode)

Kongsikan artikel ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply