MEMAHAMI TINGKAH LAKU REMAJA DENGAN MENDALAMI PERKEMBANGAN KOGNITIF

Ramai ibu bapa yang bingung dengan perlakukan anak remaja mereka dan sering membandingkan mereka dengan remaja yang lain, yang dirasakan lebih ideal dari segi tingkah laku. Malah ada juga ibu bapa yang tidak dapat memahami mengapa anak remaja mereka berkelakuan sedemikian.

Peringkat remaja digambarkan sebagai peringkat yang telah matang kognitifnya, dan persediaan ke alam dewasa. Namun begitu, terdapat pelbagai kritikan yang menyangkal bahawa perkembangan tahap umur tidak menggambarkan kematangan kognitif remaja. Pelbagai model telah ditambah baik dalam memahami proses kognitif remaja seperti pembuatan keputusan.

Teori terkini menyatakan bahawa kematangan kognitif remaja adalah dipengaruhi oleh pengalaman yang dilalui mereka serta perkembangan sosio emosi. Ini bermaksud, remaja yang mempunyai lebih banyak pengalaman, sama ada baik atau buruk akan cenderung membuat keputusan berdasarkan perasaan atau emosi yang dirasakan pada ketika itu. Seeking sensation merupakan isu popular yang sering dimanipulasi dalam pelbagai kajian Psikologi dan Neuro Sains-terutamanya bagi populasi remaja. Tingkah laku berisiko yang membawa kepada pengaktifan sistem ganjaran atau keseronokan akan lebih cenderung dipilih oleh remaja. Justeru, adalah penting utk ibu bapa menyediakan pengalaman sosio emosi yang positif dan baik di rumah, bersama ahli keluarga lain bagi mengelakkan anak remaja keluar mencari keseronokan di luar, yang mungkin boleh membawa kepada kesan buruk.

Intervensi yang melibatkan dual komponen adalah penting untuk memastikan perubahan tingkah laku yang positif. Disamping pendedahan kepada teknik-teknik pembuatan keputusan, remaja perlu didedahkan dengan intervensi yang menggalakkan kesejahteraan mental yang baik.

CADANGAN INTERVENSI MODEL PROSES DUAL

  1. Memberikan perhatian terhadap aspek kesihatan mental dan emosi
  2. Melatih kemahiran pembuatan keputusan yang bersesuaian dengan kematangan kognitif

Selain mendapatkan diagnosis atau isu kecelaruan, adalah penting untuk ibu bapa memahami dengan lebih mendalam tentang proses perkembangan kognitif anak-anak, dan ianya membolehkan intervensi yang sesuai dapat diaplikasikan di rumah.

Kongsikan artikel ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply