fbpx

Masalah perkembangan bahasa dan pertuturan

Masalah perkembangan bahasa dan pertuturan merupakan masalah perkembangan yang sering berlaku dikalangan kanak-kanak. Kanak-kanak mula mempelajari bahasa di awal usia mereka untuk belajar, membaca dan sebagainya. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah dalam pertuturan ini akan menghadapi risiko yang lebih tinggi dimana mereka sukar untuk membaca dan menulis apabila masuk ke sekolah nanti.

Kanak-kanak yang berkaitan dengan mana-mana kriteria yang disenaraikan di bawah ini disarankan untuk merujuk Terapis Bahasa dan Pertuturan untuk menjalani penilaian terapi bahasa dan pertuturan (speech therapy).

Kriteria kanak-kanak yang memerlukan penilaian bahasa dan pertuturan:

  1. Air liur meleleh yang berlebihan
  2. Kanak-kanak tidak dapat mengikut arahan tanpa isyarat visual tambahan
  3. Perkataan dan perkembangan percakapan yang lambat
  4. Gagap – pengulangan keseluruhan perkataan contoh : mm-mm-makan
  5. Kanak-kanak mempunyai perbendaharaan kata dan perkataan tetapi tidak menggunakan Bahasa yang sesuai untuk berkomunikasi atau bercerita
  6. Kesukaran menghisap, mengunyah dan menelan
  7. Kanak-kanak mengelak untuk bercakap
  8. Kemahiran memori yang lemah pada usia 5-6 tahun
  9. Kesukaran menyelaraskan pergerakan bibir, lidah dan rahang
  10. Tiada babbling pada umur 9 bulan
  11. Tiada perkataan pertama pada umur 15 bulan
  12. Tiada perkataan konsisten pada umur 18 bulan
  13. Tiada kombinasi perkataan pada umur 24 bulan
  14. Pecakapan sukar untuk di fahami oleh orang luar pada umur 36 bulan
  15. Kebimbangan ibu bapa, guru, profesional atau pengasuh berkaitan dengan bahasa dan pertuturan anak-anak

Kongsikan artikel ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply