GANGGUAN PERSONALITI HISTRIONIK : Menarik dan Menggoda

Gangguan personaliti histrionik dikenali melalui tingkah laku mencari perhatian dan emosi yang berlebihan. Individu dengan gangguan ini seringkali terlalu dramatik dan sangat suka menjadi pusat perhatian. Bukan itu sahaja, mereka ini juga mungkin muncul dengan gaya yang menarik “charming” dan menggoda.

Bahkan dalam hubungan juga, mereka lebih memilih untuk berada dalam hubungan dengan emosionaliti yang tinggi. Mereka akan menarik pasangan ke dalam emosi dramatik melalui perlakuan menggoda sebelum mengakhiri hubungan juga dengan emosi yang sama. Bagi mengekalkan sebuah hubungan, mereka akan sentiasa berusaha mencari perhatian secara terbuka.

Ini kerana individu dengan gangguan ini mempunyai tahap imej diri yang tinggi (interaktif dengan persekitaran interpersonal ). Selain itu, mereka juga sering terkeliru di antara perasaan dan fakta diri sendiri. Mereka lebih percaya kepada apa yang mereka rasakan. Sebagai contoh, jika mereka berasa hodoh, mereka percaya bahawa mereka sememangnya hodoh. Disebabkan inilah jika mereka berasa tersisih di dalam satu hubungan, mereka terus membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan itu.

Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM–5) telah menggariskan beberapa kriteria bagi gangguan personaliti ini iaitu :

Satu corak emosi yang berlebihan dan mencari perhatian, bermula dari fasa awal dewasa dan hadir dalam pelbagai konteks, seperti yang ditunjukkan oleh lima (atau lebih) daripada berikut:

  1. Tidak selesa dalam situasi di mana dia tidak menjadi pusat perhatian.
  2. Interaksi dengan orang lain sering dicirikan oleh seks yang mengganggu atau tidak sesuai (tingkah laku provokatif).
  3. Memaparkan pengeradan emosi dengan pantas dan cetek.
  4. Secara konsisten menggunakan penampilan fizikal untuk menarik perhatian kepada diri sendiri.
  5. Mempunyai gaya ucapan yang berlebihan impresionistik dan kurang terperinci.
  6. Menunjukkan dramatisasi diri dan ekspresi emosi yang dibesar-besarkan.
  7. Mudah dipengaruhi oleh orang lain atau keadaan.
  8. Menganggap hubungan menjadi lebih intim daripada yang sebenarnya.

Rawatan yang digunakan bagi mengurangkan simptom gangguan ini adalah melalui psikoterapi yang menggunakan mekanisme pertahanan maladaptive (Maladaptive Defense Mechanism) atau dengan pengambilan ubat-ubatan sekiranya individu mengalami isu lain seperti kemurungan atau keresahan berlebihan disebabkan oleh gangguan ini.

Kongsikan artikel ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply