Berasa tertekan? Bagaimana tekanan boleh berlaku?

Gambar Blogpost Berasa tertekan? Bagaimana tekanan boleh berlaku?

Tekanan berlaku apabila beban melebihi kemampuan diri. Sebagai contoh, dalam pekerjaan, sekiranya beban tugas yang diberkan kepada anda adalah melebihi kemampuan diri anda, maka tindak balas fizikal akan mula berlaku, seperti berpeluh, sukar bernafas dan merasa sakit kepala. Tekanan juga boleh meyebabkan simptom psikologi seperti bimbang dan murung.

Namun, kajian menunjukkan tekanan juga merupakan hasil persepsi individu. Sekiranya anda mempersepsikan ianya sebagai tekanan, atau ancaman, maka tindak balas fisiologi juga akan berlaku berdasarkan maklumat persepsi yang disampaikan ke bahagian otak. Persepti tekanan akan membawa kepada tindak balas keletihan, tidak bersemangat, emosi tidak stabil dan sebagainya.

Maka, urus tekanan anda dengan baik. Pastikan setiap tugasan dirancang dan disusun mengikut jadual keutamaan. Sentiasa melakukan aktiviti riadah atau rekreasi seperti bersukan kerana aktiviti sebegitu dapat membantu meredakan tekanan. Kajian membuktikan aktiviti yang dapat merangsang pengeluaran peluh akan mempengaruhi tahap tekanan yang anda alami.

Akhir sekali, dapatkan bantuan pakar sekiranya anda merasakan tekanan tersebut telah mempengaruhi kefungsian harian anda atau sekiranya anda gagal untuk menguruskannya dengan baik. Konsultasi dengan pakar dapat membantu anda menguruskan tekanan dengan lebih baik. 

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp