Apabila sebut sahaja tentang Obsesif-Kompulsif atau (OCD) perkara pertama yang berada difikiran pasti mengenai seseorang yang obses terhadap kesempurnaan sehingga dilabel ‘neat freak’ oleh masyrakat. Kebanyakan rakyat Malaysia mengetahui akan kewujudan OCD sebagai satu ketagihan yang dianggap tidak normal kerana ia perlu dilakukan secara berulang kali seperti menyentuh, mengunci tombol pintu atau membasuh tangan dengan kerap sehingga boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

JENIS GANGGUAN OBSESIF – KOMPULSIF

  1. Checking : Individu terbabit mempunyai obses untuk memeriksa sesuatu secara  berulang kali seperti memusing tombol pintu berkali kali kerana terbayang perkara negatif seperti kecurian
  2. Contamination : Individu ini menitikberatkan perihal kebersihan secara berlebihan  seperti mencuci tangan setiap 5 minit atau mencuci tangan secara  berulang kali kerana ketakutan melanda individu terbabit
  3. Hoarding : Individu terbabit mempunyai kecenderungan untuk mengumpul barang-barang yang tidak penting dan takut untuk membuangnya
  4. Rumination : Individu ini mempunyai pemikiran yang obsesif dan intrusif seperti  mempercayai nombor spesifik yang dapat membantu elak dari  petanda buruk berlaku dan menggunakannya dalam kehidupan harian
  5. Symmetry & Ordeliness : Individu ini mempunyai obses fokus terhadap mengatur objeck secara teratur mengikut saiz dan warna

Tetapi, bagi seseorang yang menghidapi penyakit OCD menganggap kelaziman itu adalah normal kerana individu terbabit memiliki daya pemikiran yang agak berbeza berbanding seseorang yang tidak mempunyai OCD. Mereka mempunyai pemikiran, imaginasi atau bayangan bertubi-tubi yang menyebabkan mereka berasa resah, gelisah dan tertekan sekiranya tidak berbuat sedemikian. Apabila penyakit ini menjadi semakin serius, ia akan mengakibatkan daya tumpuan fikiran terganggu dimana ia boleh mempengaruhi hubungan sosial bersama keluarga dan orang sekeliling. Ia akan memberi kesan kepada emosi dan juga mental individu terbabit.

Individu terbabit akan mudah mengalami kemurungan, sedih dan mudah berasa kurang selesa. Maka, langkah awal perlu diambil dengan segera untuk mengelak daripada simptom tersebut menjadi lebih teruk. Langkah pertama adalah dengan mengadakan konsultasi dengan psikologis tentang masalah yang dihadapi. Psikologis akan menjalankan diagnosis dan jika memerlukan terapi, psikologis akan mencadangkan sesi yang terapi berterusan.

Leave a Reply