ADHD : Bukan Degil atau Nakal

Gambar Blogpost ADHD : Bukan Degil atau Nakal

Attention-deficit/hyperactivity disorder (ADHD) merupakan satu gangguan perkembangan yang serius, yang muncul semasa fasa kanak-kanak dan mungkin berterusan sehingga menginjak dewasa. Secara mudah, pesakit dengan ADHD diklasifikasikan sebagai tidak teratur dan tidak dapat menyelesaikan tugas tanpa bimbingan yang berterusan dari penjaga kerana mereka sering beralih dari satu kerja ke pekerjaan yang lain. Mereka ini kerap kali mudah terganggu dan mengalami kesulitan menurut arahan. ADHD ini boleh berlaku pada kanak-kanak, juga dewasa.

Dalam Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai sendiri, lebih banyak kes berkaitan kanak-kanak telah diterima.

Merujuk kepada data terkumpul dari Centres for Disease Control and Prevention (CDC), jumlah kanak-kanak di Amerika Syarikat yang didiagnosis dengan ADHD adalah hampir 6 juta. Manakala, Attention Deficit Disorder Association telah melaporkan ADHD sebagai gangguan yang sangat lazim dianggarkan mempengaruhi 5% hingga 10% kanak-kanak dan 3% hingga 6% orang dewasa di seluruh dunia. Pada masa ini peratusan di Malaysia adalah 3.9% dan lebih tinggi berlaku pada lelaki berbanding perempuan.

Tetapi masih ramai lagi masyarakat di luar sana terutamanya ibu bapa yang mengabaikan isu ini. Ramai kanak-kanak dengan ADHD didaftarkan dalam pendidikan arus perdana tanpa bantuan dan program khusus yang menyebabkan mereka ketinggalan dalam pembelajaran berbanding rakan seusia. Kesukaran pembelajaran dan psikososial yang dihadapi kanak-kanak atau dewasa dapat ditambah baik dengan adanya pengecaman, penilaian dan pengurusan awal.

Beberapa faktor biologi dan bukan biologi menyumbangkan kepada ADHD dengan kadar tiga kali lebih mudah berlaku pada lelaki berbanding perempuan serta lebih biasa dialami oleh anak pertama.

Antara faktor yang terlibat adalah :

  • Genetik: Kanak-kanak dengan ADHD adalah dua hingga lapan kali lebih berkemungkinan mempunyai ibu bapa dengan ADHD
  • Kelahiran pra-matang : Lebih daripada dua kali ganda risiko mendapat ADHD
  • Berat rendah semasa lahir : Dua atau tiga kali ganda berlakunya ADHD
  • Ibu merokok/minum alkohol semasa hamil : menaikkan masalah impulsif dan perhatian kepada anak yang bakal dilahirkan
  • Tekanan psikologi ibu semasa kehamilan
  • Kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak traumatik
  • Menonton televisyen pada usia muda (di bawah 3 tahun) : Kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menonton skrin lebih 2 jam sehari lebih berisiko mendapat ADHD.

Apa gejala bagi ADHD?

Tiga gejala utama bagi ADHD ialah tidak memberi tumpuan/perhatian, hiperaktif dan desakan (impulsivity). Gejala ini berlaku serentak dengan kekurangan kemahiran insaniah (soft skill) seperti komunikasi sosial yang membawa kepada masalah pengurusan kehidupan seharian. Individu dengan ADHD ini seringkali menghadapi masalah jangka panjang dalam pembelajaran, di tempat kerja, dalam institusi kekeluargaan, kehidupan sosial malahan dalam organisasi.

Diagnosis ADHD memerlukan kepada beberapa kriteria dipenuhi seperti yang termaktub di dalam  Diagnostic and Statistical Manual (DSM -5) dan memerlukan pemeriksaan  rapi dan pertemuan susulan untuk mendapatkan diagnosis yang betul.

Individu dengan ADHD ini seringkali menghadapi masalah jangka masa panjang dalam pembelajaran, di tempat kerja, dalam institusi kekeluargaan, kehidupan sosial malahan dalam organisasi.

  • Kurang daya tumpuan / Tak boleh duduk diam
  • Mesti wujud sebelum berumur 12 tahun
  • Tingkah laku ini bukan disebabkan oleh kecelaruan mental
  • Tingkah laku itu kekal lebih daripada 2 tempat (kelas, rumah, kedai)
  • Tingkah laku itu wujud selama lebih 6 bulan
  • Sangat menganggu fungsi sosial dan harian

Bolehkah ADHD dirawat?

ADHD  adalah sejenis penyakit kronik dan prognosis bagi setiap orang adalah berbeza-beza. Terdapat kajian menunjukkan, sebanyak 60 ke 85 peratus pesakit mempunyai simptom yang berkekalan hingga  Namun begitu, masalah pembelajaran biasanya akan berterusan sepanjnang hidupnya.

Tujuan rawatan di dalam kondisi ADHD adalh untuk mengurangkan simptom, menambahkan kebolehfungsian dan juga daya pembelajaran. Ianya mempunyai beberapa cara pengurusan atau rawatan seperti pemulihan dalam pendidikan, psikoterapi individu, terapi keluarga dan dengan pengambilan ubat-ubatan terutama bagi dewasa seperti atomoxetine, amphetamine dan methylphenidate. Kanak-kanak atau dewasa yang mempamerkan beberapa kriteria yang berkaitan, boleh dibawa berjumpa dengan mereka yang lebih professional bagi melakukan penilaian awal. Diagnosis yang tepat boleh membawa kepada pilihan rawatan yang lebih baik.

Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Shah Alam menyediakan penilaian untuk diagnosis, terapi pertuturan dan juga carakerja untuk kanak-kanak yang memerlukan.

Kami juga menyediakan silibus Early Intervention Programme (EIP). Program ini adalah satu program yang dirangka khusus dan holistik bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai kelewatan perkembangan yang memerlukan intervensi awal sebagai persediaan sebelum memasuki alam persekolahan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp